Categories: BeritaInternational

Munsyid Indonesia Anjur Tribute To Aden Edcoustic

Nama Allahyarham Aden dari kumpulan Edcoustic memang merupakan nama besar yang sangat disegani dikalangan penggiat lagu religi di Indonesia. Tidak hairanlah, pemergian beliau ke  Rahmatullah baru-baru ini memberi satu tamparan hebat buat industri muzik di Negara seberang itu.

Namun, pemergian Allahyarham tetap mahu dikenang sebagai antara maestro munsyid Indonesia. Berbekalkan semangat kesaamaan, mereka merangka satu konsert khas memperingati beliau.

Konsert Tribute to Aden Edcoustic bakal diadakan pada 6  Februari ini  bertempat di Taman Budaya Jawa Barat.

Diantara rakan-rakan seperjuangan yang bakal membuat persembahan dalam konsert tersebut ialah Ali Sastra, Teddy Snada, Tashiru dan ramai lagi nama besar yang turut terlibat.

Menariknya, konsert berskala besar itu juga bakal diiringi kumpulan orkestra. Menurut penganjur, ini adalah pertama kali konsert nasyid bersama orkestra diadakan buat julung kalinya di Indonesia. Pengisian konsert ini tertumpu pada persembahan tribute karya terbaik ciptaan Aden yang akan dipersembahkan oleh artis terlibat.

Tiket konsert telah mula dijual dan boleh didapati di pintu masuk venue dengan harga 50,000 rupiah. – Munsyeed Dot Com

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago