Categories: BeritaTempatan

Munif Hijjaz Hadiahkan Dua Lagu Untuk Peminat Sempena Ramadan dan Syawal 1445H

Maestro nasyid Malaysia, Munif Ahmad atau lebih dikenali sebagai Munif Hijjaz sekali lagi tampil dengan buah tangan baharu bersempena kedatangan bulan Ramadan tahun ini.

Memberi nafas baharu kepada lagu nasyid Ramadan klasik, lagu Amalan Ramadan 2024 akan membawa para pendengar untuk mengimbau semula nostalgia kemeriahan Ramadan sekaligus memberikan nasihat serta pesanan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan sebagai pengisian dalam bulan penuh barakah ini.

Lagu asal nyanyian Nada Murni terbitan tahun 1990 ini ditulis sendiri oleh Munif Hijjaz manakala liriknya dihasilkan oleh penulis lirik prolifik, ITO Lara.

Menurut Munif, lagu ini diberi susunan muzik baharu oleh Shukri Sahari bagi memperkenalkan lagu ini kepada generasi baharu.

“Bagi memperkenalkan semula nasyid ini kepada generasi baharu, maka susunan muzik yang lebih segar ditampilkan agar ia boleh menjadi halwa telinga dan hiburan mendidik jiwa di dalam bulan yang mulia ini.”

Bukan Satu, Tetapi Dua!

Tidak cukup dengan itu, satu lagi karya baharu akan diterbitkan sebagai kesinambungan kepada lagu Amalan Ramadan 2024. Lagu Kasih Lebaran diterbitkan bagi menyambut ketibaan Syawal yang dinanti tidak lama lagi.

Lagu ini hasil ciptaan Muniff sendiri manakala lirik oleh Fedtri Yahya. Lagu ini membawa mesej agar kita terus bergerak ke hadapan dan tidak lagi terbelenggu dengan kisah silam semalam yang membawa duka.

Single Amalan Ramadan 2024 kini boleh ditonton di saluran Youtube Munif Hijjaz Channel dan di semua platform muzik digital seperti Joox, Spotify, Apple Music dan banyak lagi. Manakala Kasih Lebaran pula akan dilancarkan di semua platform yang sama bermula pada 22 Mac 2024, jam 3.00 petang.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago