Categories: BeritaTempatanTerkini

“Terima kasih atas doa semua. Alhamdulillah, sudah discaj dan pulang ke rumah…” – Syah Inteam

“Terima kasih atas doa semua. Alhamdulillah, sudah discaj dan pulang ke rumah petang tadi.”

Begitulah mesej ringkas yang dikirim oleh Syah Inteam melalui aplikasi Whatsapp malam tadi.

Syah Inteam atau nama sebenar beliau Mohd Syahril Ab Khalid dilaporkan hampir pitam di konti SuriaFM selepas menjalani rakaman akustik lagu Rabiatul Adawiyah 2024. Inteam berada di SuriaFM dalam rangka promosi Rabiatul Adawiyah 2024 di stesen radio berkenaan.

Baca di sini: Hampir Pitam di SuriaFM, Syah Inteam Dikejarkan ke Hospital)

Berita mengenai Syah ini diumumkan oleh salah seorang anggota kumpulan Inteam; Hazamin, sewaktu Majlis Ramah Mesra Bersama Media anjuran Inteam Digital yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.

Syah bagaimanapun dilaporkan semakin stabil dan beransur pulih.

Dalam kiriman mesej ringkas melalui aplikasi Whatsapp, Syah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan untuk beliau.

“Allahumma amin. Jazakumullahu khairan kathira atas doa semua. Alhamdulillah, sudah discaj dan pulang ke rumah petang tadi,” kata Syah.

Syah tidak hadir ke Majlis Ramah Mesra Bersama Media anjuran Inteam Digital yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Inteam Bertiga Tanpa Syah dan Khai Bahar

Dalam majlis tersebut, Inteam hanya tampil bertiga; Hazamin, Hisyam dan Rahim. Inteam mempersembahkan lagu Rabiatul Adawiyah 2024 secara langsung (live) di hadapan semua hadirin yang terdiri dari kalangan rakan artis, pengamal media dan kakitangan Inteam Digital. Rakan duet Inteam, Khai Bahar tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana mempunyai komitmen lebih awal di Media Prima.

Antara rakan artis yang hadir di majlis tersebut adalah Munif Hijjaz, Ustaz Khairul Anuar Basri (KAB), Mateen dan Qari Zakiy Hanafi. Turut hadir, Wan Syahrul Amry; Pengurus Kandungan radio Zayan, Erwan Johari IKIMfm, Faiz Othman IKIMfm, komposer terkenal Frizdan, Wan Saleh dan penulis lirik prolifik ITO Lara. Majlis diacarakan oleh Hazwan Syah, penyampai radio Zayan.

Vokal Mantap Mateen Menyampaikan Asma Abu Bakar Secara ‘Live’

Selain Inteam, penyanyi muda berbakat besar; Mateen turut menghiburkan hadirin dengan lagu baharu beliau, Asma Abu Bakar. Kekuatan vokal Mateen nyata tidak mengecewakan apabila beliau berjaya menyampaikan lagu Asma Abu Bakar dengan baik sekali secara langsung (live).

Disamping itu, Mateen dilihat tidak kekok berada di atas pentas dan beliau menjawab semua soalan-soalan yang diberikan Hazwan Syah dengan tenang dan bersahaja.

Lagu Raya Malar Segar Dengan Sentuhan Baharu

Sebagai salah satu label Islamik terbesar di Malaysia, Inteam Digital menerbitkan beberapa single utama bermula Asma Abu Bakar nyanyian Mateen, diikuti Rabiatul Adawiyah 2024 yang menampilkan kolaborasi Inteam dan Khai Bahar, seterusnya album Zikir Munajat alunan Ustaz Khairul Anuar al-Hafiz (KAB).

“Insya-Allah, akan terbit album nyanyian semula lagu-lagu raya malar segar yang disampaikan oleh artis-artis Inteam Digital.”

“Disamping itu, kami turut mengedarkan secara digital single baharu Amer bin Yusoff (Ex-Ruffedge) berjudul Lebih 1000 Bulan.”

Syam pula menambah “Jika tahun-tahun yang lalu kami telah melancarkan album bacaan Al-Quran 30 Juzuk oleh Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz dan Sheikh Abdelrahman Monis Al-Laithy dari Mesir, tahun ini pula kami akan melancarkan album 30 juzuk penuh bacaan Sheikh Asfandyar Dilawar yang merupakan Qari dan Imam dari Pakistan serta Syeikh Moutassem Billah, Imam dari Syria iaitu bacaan Al-Quran 30 juzuk. Bahkan inshaAllah beberapa Qari tempatan lain juga sedang giat merakam Bacaan Al-Quran 30 juzuk untuk dilancarkan pula pada tahun-tahun akan datang.”

“Untuk makluman, Inteam Digital telah mengeluarkan lebih 1300 video Islamik di rangkaian Youtube kami dan menyasarkan jumlah 1,000,000 (sejuta) langganan akan dicapai pada tahun 2024 ini. Tidak dilupakan juga audio dan video terbitan kami terdapat di seluruh platform digital utama seperti Spotify, Deezer, Apple Music dan lain-lain.” Tambah Rahim pula.

Ditanya mengenai tujuan Majlis Ramah Mesia Media ini diadakan, Hazamin Inteam menjawab “Tujuan kami selain meraikan semua berbuka puasa, kami ingin menyatakan penghargaan kami kepada pihak media yang terus menerus menyokong kami dan karya-karya terbitan kami. Selain itu juga kami ingin meraikan artis-artis edaran dan terbitan kami seperti Mateen, Qari Husaini, Qari Zakiy Hanafi, Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz, Ustazah Sofizah dan ramai lagi.”

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago