Alhamdulillah, Portal Munsyeed Dot Com telah dinobatkan sebagai Best Music & Entertainment Blog 2014 di World Bloggers and Social Media Awards 2014. Majlis anugerah yang gilang gemilang ini telah diadakan bersempena Malaysia Social Media Week 2014 bertempat di Zebra Square, Kuala Lumpur. Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri.
World Bloggers and Social Media Awards 2014 merupakan majlis anugerah tahunan yang diadakan bersempena Malaysia Social Media Week 2014. Tahun ini merupakan tahun ke-3 penganjuran majlis anugerah ini sejak ia mula diperkenalkan buat kali pertama pada 2012. Majlis anugerah ini dilihat sebagai medium terbaik dalam mengangkat dan memartabatkan para pengamal media sosial dan blogger dalam kelasnya yang tersendiri. Ia juga dilihat sebagai satu inisiatif Social Media Chambers (SMC) selaku penganjur dengan disokong oleh Kerajaan Malaysia dalam menghargai usaha dan peranan para pengamal media sosial sebagai agen penyebaran maklumat masa kini.
Untuk World Bloggers and Social Media Awards 2014, sebanyak 25 kategori telah dipertandingkan. Pemenang bagi setiap kategori telah ditentukan oleh para juri berdasarkan kandungan, rekabentuk/susun atur serta etika selain daripada undian awam. Berikut, kami senaraikan 25 pemenang yang menggunguli 25 kategori yang telah dipertandingkan di World Bloggers and Social Media awards 2014.
SENARAI PEMENANG WORLD BLOGGERS AND SOCIAL MEDIA AWARDS 2014
[carousel caption=”display” arrows=”display”]
[panel title=”Malaysia Top Bloggers” description=”Pemenang bergambar bersama Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi”]
[/panel]
[panel title=”Time Travel Afif” description=”Bersama pemilik blog Time Travel Afif.”]
[/panel]
[/carousel]
Best Auto Blog – http://motoring-malaysia.blogspot.com
Best Business Blog – Abang Ensem’s Blog
Best Educational Blog – Cikgu Hailmi
Best Gadgets Blog – Winnie Kepala
Best Lifestyle Blog – Aku Penghibur
Best Micro Blog – Instagram Denai Hati
Best Music & Entertainment Blog – Munsyeed Dot Com
Best Photography Blog – Wazari Wazir Photography
Best Sport Blog – BolaDaily.Com
Best Travel Blog – Time Travel Afif
Best Foodie Blog – Squall Cuisine
Social Media Excellence Awards
Best Automotive Sector – Honda Malaysia
Best Banking & Finance Sector – Maybank
Best Community Engagement – Kementerian Kesihatan Malaysia
Best Customer Engagement – TuneTalk
Best FMCG Sector – Nestle
Best Logistics & Transportation Sector – Air Asia
Best Online Media – Malaysiakini
Best Property Sector – IJM Land Berhad
Best Retail Chain Sector – Sogo Kuala Lumpur
Corporate Engagement – RHB Baning Group
Most Innovative Telco Campaign – DiGi
Popular Shopping Mall – Pavilion Kuala Lumpur
Urban Wellbeing Engagement – Perbadanan Putrajaya
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Tidak dilupakan kepada penganjur World Blogger and Social Media Awards 2014 dan Malaysia Social Media Week 2014!
Kepada pembaca dan penyokong Munsyeed Dot Com, terima kasih kami ucapkan di atas segala sokongan, bantuan dan doa yang kalian berikan selama hari ini. Sesungguhnya, anugerah ini kami dedikasikan khas untuk semua pembaca dan penyokong Munsyeed Dot Com yang tidak jemu bersama kami disaat susah dan senang. Insya Allah, sebagai menghargai usaha anda, kami akan anjurkan Munsyeed Giveaways 2014. Stay tuned!
– Munsyeed Dot Com