Munsyeed TV
1 comment

LIVE: Konsert BiR R4BIA VAR

by on January 24, 2014
 

Siaran langsung konsert BiR R4BIA VAR tamat. Terima Kasih. Beberapa gambar baru di dalam artikel.

Sempena dengan ulangtahun ke-3 Revolusi Mesir, Kesatuan Solidariti Mesir Turki akan menganjurkan sebuah konsert mega bagi memperingati peristiwa ini. Apa yang menarik tentang konsert ini ialah, ia mengetengahkan barisan artis nasyid dari seluruh dunia termasuk Malaysia yang diwakili oleh Mu’adz Dzulkefly dan Daqmie.

Menurut Mu’adz, bersempena dengan konsert mega ini, sebuah lagu khas menggabungkan semua artis yang terlibat telah dirakamkan. Lagu baru ini yang diberi judul “Kaanat Ishaara” (It’s Been A Sign) menampilkan kolaborasi antara para artis nasyid antarabangsa termasuk Dakmie dan Mu’adz sendiri. Music video lagu tersebut dijangka akan ditayangkan buat pertama kalinya pada konsert ini.

Selain delegasi dari Malaysia, antara artis lain yang akan turut bersama membuat penampilan di dalam konsert ini ialah Native Deen (USA), Yahya Hawwa (Syria), Hamed Mousa (Egypt), Islam Shokry (Spain), Rachid Moutchou (Morocco) dan ramai lagi.

Konsert yang dijadualkan bermula pada hari Sabtu sekitar jam 1.00 AM (Malaysia) dan 12.00 AM (Indonesia) akan berlangsung di Arenamega Halkali Merkez, Istanbul.

Kami di Munsyeed TV akan cuba sedaya-upaya untuk membawakan siaran langsung konsert tersebut di sini.

Kemaskini: Beberapa gambar di Konsert BiR R4BIA Var pagi tadi..

Mu'adz bersama peminat.

Mu’adz bersama peminat.

 

IMG-20140125-WA0009

Bersama Mousa Mustafa dari Syria

 

Mu'adz ditemuramah wartawan stesen tv

Mu’adz ditemuramah wartawan stesen tv

 

Mu'adz, Daqmie dan artis antarabangsa

Mu’adz, Daqmie dan artis antarabangsa

 

Daqmie ditemuramah wartawan.

Daqmie ditemuramah wartawan.

 

IMG-20140125-WA0013

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response