Ulasan
2 comments

Review: Daqmie-Maulaya

by on November 11, 2013
Details
 
Ulasan
Artis
Vokal Utama
Genre
Penerbit
Tahun
Yang Best

Vokal yang cemerlang. Muzik simple tanpa eksperimen pelik tetapi diolah kemas.

Yang tak berapa best

Tiada lagu yang sedikit upbeat/rancak.

 

SAYA mengenali Daqmie kira-kira 10 tahun dulu, semasa beliau muncul dengan Zam Stone, Aub dan Ujang Exist membentuk band metal Barongan. Dengan vokal rock yang disulami dengan qasidah, saya tertanya…. siapa Daqmie?

Selepas keluar dari Barongan, beliau meneruskan kerja belakang tabir, termasuk menerbitkan album  nasyid. Namanya sering tercatat sebagai salah seorang komposer dalam album Hijjaz, Inteam, Rabbani dan beberapa lagi.

DAN….. bila insan yang kini diangkat sebagai salah seorang Maestro Nasyid ini membikin album solo, saya teruja nak dengar. Adakah dia akan menghasilkan karya sehebat karya-karyanya yang diberi kepada penasyid lain, atau lebih hebat? Hmm

Okay, album edaran Inteam Records ini jatuh ke tangan saya. Kulit album? Kalau dah namanya Frizdan, memang la manthop designnya, walaupun nampak simple disamping elemen tradisional dari anggota Dendang Anak, Ku Bad. Lagunya? Jom dengar satu-satu….

TRACK.  1 – Selawat

Alamak, intro bahasa jawa! Serius, saya suka selawat ini. Walaupun melodinya tipikal selawat yang biasa kita dengar, tapi olahan muzik tradisional ala Jawa, membuat saya rasa macam dalam keraian masyarakat Jawa. Mood hype yang cemerlang sebagai pembuka album. Meriah!

Track 2 – Maulaya

Kekuatan sebenar vocal Daqmie terakam dengan lagu ini. Beliau cuba membawa mood merintih dalam lagu ni. Tiap turun naik melodi, ad-lib memang disusan rapi. Susunan muzik juga kena dengan mood lagu.  Saya suka beat rebana yang melatari lagu ni.

Track 3 – La Ilaha Illalah

Mak aii punya dark dia punya intro. Naik bulu roma. Muziknya ringkas, tapi macam dark. Seolah ada unsur mistik. Kalau dengar malam-malam, memang terasa sesuatu. Personal touch dalam lagu zikir ini memang berkesan. Gothic Zikir?

Track 4 – Tangis Sebatang Tamar.

Lagu Ballad yang sungguh menyentuh jiwa, berdasarkan kisah rintihan pokok Tamar di zaman Rasulullah. Tapi yang paling best, walaupun ada ayat lirik yang sangat ‘skema’ (CONTOH: Diganti Mimbar Baru, kerna keuzurannya’) , tapi Daqmie Berjaya mengolah ‘lirik skema’ tersebut kedalam melodi yang sangat indah. Tulisan lirik Ito Lara, tak perlulah dinafikan kepuitasannya.

Track 5 – 7 Petala Cinta.

Lagu cinta? Sekali lagi vocal Daqmie bijak memainkan mood pendengar. Apa nak dikata lagi? Tapi tiupan flute Mohar dan beat rebana membuatkan lagu ini…. Walaupun ada jiwang karat, tapi sangat kemas!

Track 6 – Asmaul Husna

Tumpuan utama lagu ini pada fasahah bacaan setiap bait  kalimah Asmaul Husna. Memang boleh dengar setiap tajwid, gerak makhraj kalau didengar dengan volume sederhana. Penghayatan seakan merintih itu sangat menyentuh jiwa. Saya nak ulang track ni sepanjang malam!

Track 7 – Ilahi Lastu Lil Firdaus

Sekali lagi kehebatan beliau mengalunkan zikir terserlah. Yang membezakan zikir yang dialunkan Daqmie dengan yang lain ialah, suara ‘jantan’ beliau yang digabungkan dengan seni qasidah dan taranum dan pembuatkan ia kedengaran mantap! Selalunya, zikir dialunkan dengan nada mendayu, tapi kali ini…. Perghhh!

Track 8 – Kasih Abadi

Lagu cinta romantic lagi? Cukup syahdu, dengan kawalan tone dari nada rendah ke tinggi yang cukup cemerlang. Cuma, saya tak berapa gemar tone gitar Aznan yang sedikit sebu pada awalnya (british tone)… Tapi itukan trademark? Tapi, lagu ini cukup indah.

Track 9 – Qasidah Maulaya

Kalau dah nama maestro  nasyid, untuk apa lagi nak disangkal?

 

Haaa, sekali ‘otai besar’ industry nasyid sudah bikin album sendiri, apa nak disangkal lagi? Walau secara peribadi, mungkin ini album experimental  Daqmie, namun dengan kekuatan vocal, digabung dengan kepakaran beliau sendiri menerbitkan album sendiri… ya, ini bukan eksperiment lagi. Ini adalah MASTERPIECE!

Editor Rating
 
Vokal
91%

 
Susunan Muzik
85%

 
Kulit Album
92%

 
Kualiti Rakaman
95%

 
Kepuasan
93%

Total Score
91%

Hover To Rate
User Rating
 
Vokal
76%

 
Susunan Muzik
75%

 
Kulit Album
78%

 
Kualiti Rakaman
77%

 
Kepuasan
79%

User Score
77%

You have rated this

Beli or Not?
 

Sebagai seorang maestro nasyid, album ini sememangnya dibikin dengan gaya seorang maestro. HEBAT!

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Vokal

Susunan Muzik

Kulit Album

Kualiti Rakaman

Kepuasan