Munsyeed TV
3 comments

Cukup Kau Untuk Ku – Naim Helmi

by on November 14, 2013
Yang Positif

Drama dan plot yang jelas. Ini sangat membantu para peminat untuk menghayati maksud di sebalik lirik yang dilagukan oleh Naim Helmi. Mampu membuatkan penonton menitiskan air mata.

Yang Negatif

Penggunaan teknik skrin hijau yang kurang kemas sedikit mencacatkan video ini terutama pada babak Naim menyanyi di dalam wad.

 

 

“Cukup Kau Untuk Ku” merupakan sebuah projek solo daripada salah seorang anggota kumpulan Mirwana, Naim Helmi. Sejak di awal kemunculan klip video tidak rasmi lagu ini, terasa vibe dan feel nya sangat terkehadapan disamping lirik yang ringkas, menjadikan ia sebagai sebuah karya yang mudah dihadam. Tanpa membuang masa, jom tonton video di atas dan hayati setiap bait liriknya.

Cukup Kau Untuk Ku

Lagu/Lirik: Kuncidemak

Sungguh aku
Cinta pada-Mu
Dengan sepenuh hatiku
Tiap saat…tiap waktu

Karena
Sungguh…diri-Mu
Begitu sempurna
Kau lengkapi hidup ini
Dengan kata yang terindah
Tentang cinta

Ku bisikan pada…angin berlalu
Membawa pergi…rindu membara
Kulakarkan cinta…pada langit
Bertintakan awan

Seluruh hidupku
Engkau Yang Satu
Hingga matiku…semua yang ada
Menjadi saksi
Cukup Kau untukku

Ku cinta pada-Mu

 

Terima kasih kepada pembaca Munsyeed{Dot}Com, Muhammad Shafie Ismail.
Editor Rating
Total Score


Kesimpulan
 

Secara keseluruhan, music video ini merupakan antara koleksi terbitan yang baik. Cuma wujud sedikit kekeliruan pada arah tuju lirik lagunya kerana penulisannya lebih menjurus kepada cinta antara manusia dan Penciptanya. Sebaliknya pada M/V ia jelas menunjukkan perjalanan cinta antara suami dan isteri.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 
  • marjan
    November 14, 2013 at 11:43 pm

    sblum m/v ni kluar, mmg dh lyan dh lgu ni..best, mmg dah best ..tapi kan..hurm..mcm konfius pula bila nengk m/v ngan lirik..faham an sy salah rupanya..ku pikirkaan nasyid ini pasal cinta Allah..rupa2nya, cinta manusia..tpi lay nengk lirik, iamenjurus kpd ketuhanan..kalau nengk lirik, cinta pada-Mu (Allah), tapi lau nengk vid, cinta pada-mu (manusia)..cukup Kau (Allah)..Engkau Yang Satu…penggunaan huruf BESAR kpd kata ganti diri pada lirik sudah cukup menggambarkan bahawa ia sebuah nasyid yg berkonsepkan cinta kpd Allah..sekadar pandangan ^_^

    Reply

  • Muslimfan
    November 15, 2013 at 2:07 pm

    videoklip best…..tahniah naim mirwana

    Reply

Leave a Response