Terkini
MUNSYID Malaysia Bakal Hasilkan Projek Lagu Raya Khas 2021
Diterbitkan
pada
Selepas kejayaan menganjurkan Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM) 2020, Majlis Usahawan Munsyid Malaysia atau MUNSYID Malaysia kini dalam perancangan untuk menghasilkan satu projek lagu raya istimewa sempena Syawal 2021.
Menerusi hantaran yang dikongsi di akaun Facebook Presiden MUNSYID Malaysia; Muhamad Razin Che Mud, projek lagu khas raya 2021 ini akan melibatkan ramai rakan-rakan artis MUNSYID dan ianya terbuka untuk mereka yang berhasrat untuk menyertainya.
Difahamkan, Isman Hijjaz akan bertindak sebagai penerbit bagi lagu raya ini. Manakala Imtiaz Simfoni akan menjadi koordinator projek.
Berdasarkan perkongsian tanda pagar pada hantaran tersebut, dipercayai lagu Pertemuan Di Hari Mulia yang pernah dipopularkan kumpulan nasyid Nadamurni bakal dipilih untuk diberi nafas baru dalam projek lagu raya kali ini.
Dengan berbaki kurang 30 hari lagi sebelum kita menyambut ketibaan bulan Ramadhan, Razin optimis proses rakaman lagu dan penggambaran video klip dapat diselesaikan sebelum Ramadhan.
Pasti ramai yang teruja menantikan projek istimewa MUNSYID Malaysia ini. InshaAllah, kita sama-sama mendoakan agar segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan.
Sumber: Facebook Muhamad Razin Che Mud.
Artikel Lain
Dalam perkembangan terbaharu, kumpulan Rabithah telah berpeluang berkerjasama dengan platform penstriman kandungan kanak-kanak Islami, Durioo+ menerusi rancangan animasi SHOWTIME!.
Berkongsi pengalaman ini, Mahdi menjelaskan ini merupakan pembabitan julung kali buat Rabithah di dalam dunia animasi.
“Saya sendiri dah lama ikuti perkembangan mereka lebih-lebih lagi dari perkongsian Tuan Sinan Ismail di Facebook.
“Perkongsian-perkongsian Tuan Sinan sangat membuka mata akan realiti sebenar dunia kandungan kanak-kanak atas talian yang tak bertapis.
“Bila pertama kali ditawarkan peluang kerjasama, kami tak cakap banyak, terus setuju!
“Harapnya dengan kerjasama ini sedikit sebanyak dapat membantu misi team Durioo+ menyelamatkan anak-anak kita.
Menerusi Durioo SHOWTIME!, kumpulan Rabithah mempersembahkan 2 lagu baru.
Kini lagu pertama mereka di platform itu berjudul “Batal Ke Puasa?” sedia untuk ditonton di platform Durioo+.
Berita
Eksklusif: “Lagu dia cepat naik sebab dia rapat dengan DJ…” Hari Ini Halim Ahmad Jawab!
Diterbitkan
pada
March 27, 2024Ada yang melihat perjalanan seni Halim Ahmad begitu cantik tersusun. Begitu pantas beliau mendaki puncak kejayaan, menjadi antara artis yang memiliki jumlah pengikut paling ramai di saluran Youtube, lagu-lagunya hits di media sosial dan radio. Keluar masuk negara tanpa henti. Sehinggakan kereta peribadi beliau juga menjadi buah mulut orang.
Yang pasti, segala yang dikecapi oleh Halim pada hari ini, bukanlah datang dalam satu malam sahaja. Ramai yang mungkin lupa atau tidak tahu kepayahan dan ‘struggle’ insan bernama Halim Ahmad. Kami antara yang melihat kesungguhan dan konsistensi Halim dalam membina nama dan kerjaya. (Baca: Ekspresi Muzik Halim Devotees.)
Seperti pempengaruh Khairulaming yang konsisten menghasilkan kandungan-kandungan media sosialnya selama bertahun-tahun, begitulah juga Halim. Kini, dua figura ini sedang menuai hasil dari sebuah perjalanan yang panjang. Kata kuncinya? Istiqamah dan jangan mudah mengalah.
Pun begitu, wujud cakap-cakap kononnya lagu Halim sering mendapat tempat dan perhatian di radio kerana hubungan terlalu akrab Halim dengan penyampai radio. Kita tidak mahu ‘cakap-cakap’ ini berlarutan. Segalanya perlu dinoktah. Justeru, kita tanya tuan punya badan!
Ketika ditanya, Halim tergelak kecil. “Saya memang rapat dengan DJ IKIMfm sejak dari Devotees lagi. Saya memang senang berkawan dengan semua orang. Saya perasan (ada) orang kata benda ni. Tapi tak ada masalah. Sebab dalam Islam, bersilaturahim. Kita menjaga hubungan dengan semua orang.”
“Saya memang jaga hubungan baik dengan semua DJ. Macam DJ Erwan khususnya. Saya bukan sekadar hantar lagu kepada dia. Tetapi, kalau ada lagu baharu, saya akan minta pandangan dia. Ini yang sepatutnya dicontohi oleh semua pengkarya. Bukan saya seorang sahaja.”
Tambah Halim lagi, “Selain saya, ada lagi artis lain yang jaga PR dengan bagus bersama DJ-DJ ini. Cuma mungkin orang tak perasan. Orang perasan Halim je sebab mungkin orang pernah nampak gambar saya dengan Ustaz Erwan keluar. Tapi personally, dia adalah kawan. Dan lepas ini kalau dia dah berhenti atau pencen dari DJ ke, saya masih begitu juga dengan dia. Bagi saya, ini satu bentuk persahabatan. Tidak mengenal status. Tak ada kepentingan untuk kita.”
“Kalau ada orang kata, lagu Halim senang main di IKIMfm, pada saya, saya jarang juga buat lagu yang saya hantar ke IKIMfm. Lagu yang saya hantar je akan main di IKIMfm. Kalau tahun 2023, saya ada buat beberapa lagu, ada lagu yang saya tak hantar, lagu tu tak main pun.”
“Jadi, lagu yang saya hantar dan saya email secara elok, ‘ok, ini lagu terbaru Halim Ahmad. Semoga dapat dimainkan di radio.‘ so, lagu itu akan masuk ikut rotation yang betul. Ikut saluran yang betul. Kalau masuk carta, pun dengan cara yang betul.”
“Orang bercerita perkara tu sebab orang memerhatikan kita. Jadi, tak ada isu pun. Baik dengan radio ke apa. Baik itu perlu untuk silaturahim,” ujar Halim.
Kali pertama mendengar lagu ini, ia terus menangkap dan bermain-main di minda separa sedar. Disampaikan secara bersahaja tetapi lagu ini sarat dengan pesan-pesan nasihat dalam meraikan Ramadan yang penuh barakah. Muziknya juga tersusun kemas, menarik. Hasil pencarian mendapati, lagu indah ini diberi judul Ramadhan Penuh Cinta, nyanyian artis dari Indonesia; Budi Doremi.
Menurut Budi, lagu Ramadhan Penuh Cinta ini merupakan lagu pertama ciptaan beliau sempena kedatangan bulan Ramadan. “Iya, judul lagu barunya tuh Ramadhan Penuh Cinta. Ini kali pertama aku bikin lagu bertema Ramadhan, tapi aku gak bisa bilang ini lagu religi ya; karena kereligian itu punya dimensi yang luas. Membuat lagu untuk meramaikan bulan Ramadhan tuh salah satu keinginanku sejak dulu banget sih. Jadi waktu label aku (dr.m) melemparkan ide ini, aku langsung iyain. Alhamdulillah bisa terealisasi di Ramadhan tahun ini”, ulas Budi.
Proses pembikinan lagu ini mengambil masa yang sangat singkat. Berbekal visi untuk membuat lagu Ramadan yang ‘dekat’ dengan jiwa dan karekter Budi, maka demo lagu pun dibuat sewaktu Budi bercuti dengan keluarganya. Sebaik sahaja pulang dari bercuti, Budi terus masuk ke studio untuk rakaman lagu ini. Semuanya terjadi dalam tempoh tidak sampai 1 minggu sahaja.
Ramadhan Penuh Cinta bertemakan muzik Melayu dengan gesekan biola yang mengasyikkan dan bunyi gendang yang mendebarkan hati. Menurut Budi, nuansa Melayu itu sudah sangat akrab di telinga orang Indonesia, dan juga sangat relevan dengan vibes Ramadhan yang diinginkan Budi.
“Kalau berbicara mengenai makna, untuk aku, Rahmat Allah SWT itu sangat luas. Kasih sayang Allah SWT-lah yang justru lebih dahulu meliputi kita. Jadi aku ingin, lewat lagu ini, sebagai manusia ciptaan-Nya, selain beribadah, kita juga bisa bersenang-senang dengan kasih sayang dari Allah yang melimpah ruah di bulan Ramadhan”, ujar Budi.
Begitulah Budi, buat lagu Ramadan pun, karekter penulisan lirik dan muziknya terasa sangat dekat dengan Budi Doremi! Bersahaja dan ceria.
“Yah, terakhir dari aku, lagu ini gak mencoba menasehati. Aku si tukang bikin lagu ini berharap lewat lagu Ramadhan Penuh Cinta temen-temen dimanapun bisa merasa lebih seru menyambut dan menjalankan ibadah di bulan Ramadhan. Insya Allah. Karena Ramadhan yang penuh cinta, akan lebih seru dijalankan bersama-sama”, tutup Budi.
Lagu Ramadhan Penuh Cinta sudah berada di pasaran dan boleh distrim di semua platform penstriman muzik digital yang sah. Semoga Ramadan ini dijalani dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.
iklan2
Pengorbanan Sahabat Nabi, Salman Al-Farisi Diabadikan Dalam Lagu
Rabithah Teruja Dilamar Durioo+
Eksklusif: “Lagu dia cepat naik sebab dia rapat dengan DJ…” Hari Ini Halim Ahmad Jawab!
Trending
-
Info Nasyid10 years ago
7 Artis Cetus Fenomena Luarbiasa Di Malaysia
-
Berita6 years ago
Shahida Ajak Aliff Syukri Duet Lagu Agama Kedamaian (Deen Assalam)
-
Berita6 years ago
Raudhatul Jannah juara Pendakwah Muslimah 2018
-
Berita5 years ago
TV Alhijrah Umum Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Baru
-
Berita5 years ago
Showcase Lah Ahmad Disember Ini, Adeep Nahar Buat Penampilan Khas
-
International5 years ago
Full Text of Statement by Tun Dr Mahathir at the 73rd UNGA
-
Berita5 years ago
Netizen Terkesan Dengan Lakonan Halim, Ardell Aryana Dalam Video Muzik Kekasih
-
Berita6 years ago
Bunga Altimet bukan sebarang bunga