Categories: BeritaTempatanTerkini

Munsyid Malaysia Ziarah Penghuni Madrasah At-Taqwa

Pada hari Jumaat lepas, 27.Mei.2011, Munsyid Malaysia- Gabungan Artis Nasyid Malaysia, telah menganjurkan sesi ziarah mahabbah yang diberi nama Lawatan Dan Sumbangan Derma Kepada Keluarga & Mangsa Kejadian Tanah Runtuh Hulu Langat yang telah melibatkan Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat. Majlis yang diadakan di Lembah Azwen Resort, penempatan sementara penghuni Madrasah At-Taqwa sebelum mereka ke Kompleks Asrama Yadeim, dimulai dengan Majlis Tahlil Ringkas yang diketuai oleh Ustaz Bazli Unic.

Seusai majlis tahlil ringkas, sesi sharing moment diadakan dimana Setiausaha Persatuan Anak Yatim Malaysia, Mohammad Fauzi Abd Wahab dan wakil sukarelawan yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti nasyid penghuni Madrasah At-Taqwa berkongsi cerita dan pengalaman mereka sewaktu kejadian berlaku. Suasana menjadi sebak apabila wakil sukarelawan tersebut menyatakan, pasukan nasyid Madrasah At-Taqwa hampir lumpuh apabila hampir majoriti ahli kumpulan nasyid mereka terkorban dalam tragedi yang sungguh menyayat hati itu. Peralatan nasyid mereka juga turut musnah dalam kejadian tersebut.

Ziarah Munsyid Malaysia juga diteruskan dengan sesi penyampaian sumbangan derma dan beberapa barangan seperti peralatan nasyid, CD-CD nasyid, zikir-zikir dan bacaan Al-Quran oleh Qari terkenal. Sumbangan derma dan barangan tersebut adalah hasil sumbangan artis-artis nasyid Malaysia, syarikat-syarikat korporat seperti Wahyu Suci Sdn Bhd, Inteam Records Sdn Bhd, Nasyeed.com (NC Edutainment Sdn Bhd), Rabbani Production Sdn Bhd dan ramai lagi. Sumbangan derma juga adalah hasil kutipan derma kilat yang dilancarkan oleh Komuniti Teman Inteam (KTI) dan komuniti peminat nasyid yang lain.

Munsyid Malaysia juga tidak ketinggalan menyampaikan beberapa buah lagu secara acapella khas untuk adik-adik penghuni Madrasah At-Taqwa. Antara artis dan tokoh korporat yang hadir memeriahkan majlis pada hari tersebut ialah kumpulan Inteam, Kumpulan Unic, Kumpulan As-Saufee, Al-Farabi Band, Razin Mestica, Safa Feel One, Sallehudin, Hafiedz Al-Gebra, Waie CEO NC Edutainment Sdn Bhd (Nasyeed.com), Ito Lara (Penulis lirik terkenal), Frizdan (komposer terkemuka), Firdaus CEO NasyidFM, Izham Shah (MD Inteam Records), Saudara Fairuz (Pengasas Maher Zain Malaysia Fan Club, MZM-FC), ahli-ahli Komuniti Teman Inteam serta ahli kelab peminat yang lain.

-MUNSYEED.COM

 

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago