Categories: AlbumUlasan

Review Album: Rabbani – Maulaya

Mendengar sebuah lagi album unreleased Rabbani bertajuk Maulaya, seakan ada satu kelainan. Apa tidaknya, keseluruhan lagu yang terakam dalam antara rilisan terakhir Rabbani bersama Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim ini menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya.

Album yang dirakam di Kuwait ini menampilkan enam buah lagu. Ada diantaranya pernah dirakam dalam album Rabbani yang terdahulu, dirakamkan semula sekali lagi untuk rilisan kali ini.

Menariknya, susunan muzik untuk album ini boleh dikatakan menggunakan 90% alat muzik perkusi. Malah, album ini kedengaran segar dengan beat-beat perkusi yang boleh dikatakan sebagai sound yang authentic untuk sesebuah album nasyid.

Lagu-lagu yang seharusnya diberi perhatian ialah Maulana, Ahmad Ya Habibi dan Solla Alaikallah. Seperti biasa, tiada apa yang perlu dikomen dengan susunan vokal Rabbani, terutama dengan kelunakan alunan suara vokal Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang mengasyikan. Dengan pengalaman setiap anggota Rabbani yang begitu professional, mereka tahu dan mampu mengeluarkan rilisan yang berkualiti di setiap karya mereka.

Tertanya juga kami disini, masih adakah karya Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang masih disembunyikan lagi? -Munsyeed{Dot}Com

 

*Hantarkan album anda untuk dimuatkan dalam Segmen Ulasan Album. Hubungi kami melalui email- munsyeed@gmail.com

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago