Categories: Kelab Peminat

MZM-FC Sambung Perjuangan Maher Zain

Poster Iftar MZM-FC Di Rumah Raudhatus Sakinah

Pada 21 Ogos 2011, Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) telah mengadakan Majlis Iftar Di Rumah Raudhatus Sakinah cawangan Selangor. Majlis yang berlangsung di Sungai Buloh itu dihadiri hampir 30 orang ahli MZM-FC.

Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Rumah Raudhatus Sakinah, Yusnani Abdul Hamid atau lebih mesra disapa Ibu Yus. Dalam ucapannya, Ibu Yus mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli MZM-FC dengan perasaan yang cukup gembira. Ibu Yus juga memberi sedikit taklimat mengenai Rumah Raudhatus Sakinah kepada para peserta iftar.

Seusai itu, Rosmati Zainal, Pengarah Urusan Raudhatus Sakinah yang lebih mesra dengan panggilan Umi Rose pula menyampaikan ucapan. Umi Rose merupakan antara tulang belakang Showcase Maher Zain di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Pada majlis itu, hadirin dihidangkan dengan Nasi Ambeng Istimewa sebagai juadah berbuka puasa. Selepas mengerjakan solat, satu sesi ‘sharing moment’ telah diadakan dan disampaikan oleh seorang lagi admin MZM-FC, Firuz Akhtar. Beliau berkongsi pengalaman sewaktu beliau menyambung pelajaran di US dan Iran. Perkongsian yang cukup bermakna ini begitu memotivasikan buat penghuni Rumah Raudhatus Sakinah dan ahli-ahli MZM-FC sendiri

Menurut Akhi Fairuz, beliau dan rakan-rakan di MZM-FC akan meneruskan kesinambungan perjalanan dakwah yang telah dilakukan oleh Maher Zain.

“InshaAllah, MZM-FC akan merangka lebih banyak lagi program-program amal yang boleh mendekatkan MZM-FC dengan masyarakat serta peluang dakwah itu sendiri. Di MZM-FC, kami tidak mahu ahli-ahli hanya meminati Maher Zain semata-mata tetapi turut sama melakukan perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh Maher Zain sendiri, bermesejkan dakwah, keamanan, keindahan Islam dan bantu membantu antara satu sama lain.”Ujar Akhi Fairuz.

Berikut adalah gambar sekitar Majlis Iftar MZM-FC di Rumah Raudhatus Sakinah baru-baru ini:

Ucapan alu-aluan dan taklimat ringkas oleh Ibu Yus, Pengerusi Rumah Raudhatus Sakinah

.

Umi Rose menyampaikan taklimat dan ucapan selaku Pengarah Urusan Raudhatus Sakinah

.

Sesi taklimat dan suai kenal

.

Buka puasa. Bungkusan dihadapan itu adalah Nasi Ambeng Istimewa.

.

Perkongsian pintar dari Firuz Akhtar, Admin MZM-FC

–Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Share
Published by
Husaini Hussein

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago