Categories: Kelab PeminatTerkini

Kem UNICnya Ramadhan: Famili Unic Berkampung

Oleh:  Helmi Razali

Pada 20 & 21 Ogos lepas, telah berlangsung Kem UNICnya Ramadhan anjuran Famili UNIC dengan kerjasama UNIC Nasyeed & Training Consultants. Program yang bertempat di Kem Nur Laman Bestari, Batu Caves ini dihadiri hampir 50 orang peserta dari pelbagai peringkat umur. Kemeriahan ditambah dengan penyertaan dari anak-anak yatim Rumah Silaturahim Qanaah.

Program rutin tahunan Famili UNIC ini telah diadakan buat kali ke-3 dengan sedikit kelainan yang istimewa untuk tahun ini. Berkonsepkan ‘kem motivasi’, Kem UNICnya Ramadhan dibantu oleh barisan fasilitator yang terdiri daripada ahli Famili UNIC sendiri untuk membimbing peserta dalam kumpulan di setiap slot dan aktiviti. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang kem berlangsung termasuklah Bengkel al-Fatihah yang disampaikan oleh Fakhrul UNIC, “Bunyi Sungai” yang dikendalikan oleh Fadzli UNIC,  Slot Anak Soleh yang dikendalikan oleh fasilitator mengikut kumpulan masing-masing, dan lain-lain aktiviti sampingan yang bermanfaat dan menghiburkan. Bersama kumpulan UNIC, menjadi kewajipan bagi setiap program, peserta didendangkan dengan persembahan nasyid secara santai sambil menikmati BBQ di tepi sungai mengalir.

Peserta-peserta kem diberi pendekatan dengan cara yang sesuai bagi menghilangkan rasa bosan sepanjang kem berlangsung terutamanya di kalangan peserta kanak-kanak, di samping meningkatkan tahap pengetahuan dan juga motivasi diri melalui wadah ilmu yang dikongsikan. Menariknya kem kali ini, UNIC menampilkan Ustaz Nabil iaitu seorang pengamal perubatan tradisional untuk turut menjayakan program. Peserta diberi peluang dan kesempatan oleh beliau untuk mengesan penyakit melalui tapak tangan.

Bagi mewar-warkan kemeriahan program, TV Al-Hijrah telah diundang untuk membuat liputan semasa majlis penutupan Kem UNICnya Ramadhan dan juga membuat rakaman video ucapan Hari Raya dari Famili UNIC. Kem UNICnya Ramadhan melabuhkan tirainya seusai penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta dan sumbangan cenderahati kepada pihak Rumah Silaturahim Qanaah. Majoriti peserta memberikan respon yang baik terhadap pengisian modul melalui slot dan aktiviti yang dijalankan, dan menampakkan perubahan positif majoriti peserta tanda keberhasilan usaha dalam mencapai matlamat dan tujuan.

Famili UNIC mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kem UNICnya Ramadhan 2011. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan dan tajaan. Famili UNIC juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kecacatan sepanjang perjalanan kem tersebut.

Gelagat peserta sewaktu pendaftaran

.

Slot berkumpulan- Slot Bunyi sungai

.

 

Salah satu slot yang diadakan

.

Tazkirah disampaikan oleh Bazli UNIC

.

Slot bersama Ustaz Nabil Unic Syifa'.

.

Latihan Dalam Kumpulan- Bengkel Surah Al-Fatihah

.

UNIC bersalam dengan para peserta di akhir program

-Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

7 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

7 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

7 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

7 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

7 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

7 months ago