Majlis Mahabbah Eid Mubarak dan Ziarah Nasyeed.Com
Baru-baru ini telah berlangsung dengan jayanya “Majlis Mahabbah Eid Mubarak & Ziarah Nasyeed.Com” di SMK (P) Bandaraya Kuala Lumpur. Majlis ini merupakan anjuran Nasyeed.Com dengan kerjasama pihak sekolah, SMK (P) Bandaraya Kuala Lumpur.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Slot Bual Bicara Santai, Slot Motivasi, Perkongsian Tips Belajar dan In person Bersama Artis. Disamping itu, pelajar-pelajar SMK (P) Bandaraya Kuala Lumpur turut dihidangkan dengan persembahan live artis-artis nasyid popular yang turut menjayakan majlis ini.
Penyampaian Sumbangan oleh Dato Mazlan
Majlis Mahabbah Eid Mubarak & Ziarah Nasyeed.Com ini telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Dato’ Haji Mazlan Bin Mohamad; Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Di majlis tersebut, Nasyeed.Com turut mengadakan acara penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada pelajar-pelajar sekolah dan beramah mesra bersama mereka. Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato Haji Mazlan sendiri.
Dalam kenyataan medianya, pihak Nasyeed.Com melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT dan penghargaan mereka kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Eid Mubarak dan Ziarah Nasyeed.Com ini.
“Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan KL (PPZ) diatas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini. Tidak dilupakan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan CCAM (Customer Relation Management & Contact Centre Association Malaysia) yang turut sama membantu merealisasikan acara ini.” ucap Syazman Che Ramly selaku jurucakap Nasyeed.Com.
Program ini turut disokong oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).
Ini merupakan program CSR pertama Nasyeed.Com dalam bidang pendidikan berkonsepkan edutainment. Menurut Nasyeed.Com, dengan sambutan yang sangat menggalakkan dari para pelajar dan pihak sekolah, Nasyeed.Com berhasrat untuk meneruskan siri jelajah “Ziarah Nasyeed.Com” di beberapa buah sekolah di sekitar Lembah Klang.
Personaliti dan trainer terkenal, Jef Hazimin bersama Syazman
Wardina Safiyyah bergambar bersama warga SMK (P) Bandaraya
Kepada mana-mana sekolah yang berminat untuk berkolaborasi dengan Nasyeed.Com, anda bolehlah menghubungi Ustaz Syazman di talian 016 238 5788.
– Munsyeed Dot Com