Wildan – Usah Berpaling Lagi
Nasyeed.Com melalui anak syarikatnya, NC Records telah melancarkan album terbaru kumpulan Wildan di sebuah pusat karaoke terkenal, Neway Karaoke Box di Berjaya Times Square. Pelancaran album tersebut telah disempurnakan oleh Presiden Majlis Usahawan Penasyid Malaysia (MUNSYID MALAYSIA), Al-Fadhil Ustaz Sohibul Fadhil Sabikin dengan disaksikan oleh kumpulan Wildan sendiri, para tetamu dan para pengamal media.
Setelah beberapa tahun menyepikan diri, Wildan tampil mengubati kerinduan para peminat dengan menerbitkan sebuah albuum kompilasi terbaik sepanjang sedekad mereka berada dalam industri nasyid tanahair. Tidak hanya memuatkan lagu-lagu terbaik mereka, Wildan memberi hadiah istimewa kepada peminat apabila muncul dengan single terbaru berjudul Usah Berpaling Lagi. Album ini diterbitkan oleh Wildan Production dengan kerjasama NC Records.
Ketika ditanya mengenai pemilihan Neway Karaoke Box sebagai lokasi pelancaran album, vokalis utama Wildan; Zaidi Rustam hanya tersenyum sambil berkata pihak Neway Karaoke yang datang menawarkan kolaborasi setelah album siap.
Zaidi menjelaskan, Wildan Production dan NC Records berbesar hati untuk bekerjasama dengan Neway Karaoke Box Malaysia bagi pelancaran album Sedekad Wildan: Usah Berpaling Lagi.
Walaupun bakal berhadapan dengan pelbagai persepsi daripada peminat, Ustaz Wan Hazauddin daripada kumpulan Wildan optimis yang penyebaran dakwah dan mesej keindahan Islam itu perlu diperluaskan meliputi setiap tempat dengan matlamat untuk menyebarkan dakwah.
Disamping menaja lokasi pelancaran album, Neway Karaoke Box Malaysia dikatakan bakal memuatkan semua lagu dalam album Sedekad Wildan: Usah Berpaling Lagi dalam senarai lagu pilihan karaoke di semua outlet-outlet Neway Karaoke Box.
Pada majlis tersebut, Wildan turut menghiburkan para tetamu yang hadir dengan menyampaikan lagu Usah Berpaling Lagi versi karaoke yang disediakan oleh Neway Karaoke. Majlis telah diacarakan oleh Mohd Aizat Jaafar dari kumpulan Hufaz.
Antara tetamu yang hadir di majlis berkenaan adalah Encik Mokhtaza dari Warner Music, wakil Neway Karaoke Box Malaysia, wakil NC Records dan Setiausaha Agung MUNSYID MALAYSIA, Saudara Muhammad Razin Bin Che Mud.
Untuk info lanjut mengenai album Sedekad Wildan, boleh layari berita yang telah kami siarkan beberapa hari lepas. Klik disini: Transformasi Wildan Selepas Sedekad.
Jom kita lihat gambar-gambar sekitar Majlis Pelancaran Album Sedekad Wildan Usah Berpaling Lagi: (Klik pada gambar untuk paparan lebih besar)
[carousel arrows=”display” caption=”display”]
[panel]
Lensa kamera dan videocam sudah tersedia menanti majlis bermula.
[/panel]
[panel]
Para wartawan mendaftarkan diri di meja urusetia di hadapan Neway Karaoke Box, Berjaya Times Square
[/panel]
[panel]
Poster Sedekad Wildan – Usah Berpaling Lagi
[/panel]
[panel]
Aizat Jaafar (Hufaz) selaku pengacara majlis sedang menemubual Zaidi Wildan
[/panel]
[panel]
Presiden MUNSYID MALAYSIA, Ustaz Sohibul Fadhil berucap sebelum merasmikan pelancaran album Sedekad Wildan.
[/panel]
[panel]
Ustaz Hazar Wildan yang kerap diusik oleh para wartawan sebagai generasi ketiga Wildan.
[/panel]
[panel]
Wildan sewaktu sesi sidang media berlangsung.
[/panel]
[panel]
Wildan selepas gimik pelancaran album Sedekad Wildan – Usah Berpaling Lagi
[/panel]
[/carousel]
Gambar ihsan: Ustaz Hazar, Wildan Production.
– Munsyeed{Dot}Com