Categories: Terkini

Neelofa Sah Bergelar Isteri Kepada PU Riz

Barakallahu lakuma wabarakah ‘alaikuma wajama’a baina kuma fikhair! – Itulah doa yang kami di Munsyeed Dot Com titipkan buat pasangan selebriti Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz.

Dengan hanya sekali lafaz, Noor Neelofa Mohd Noor telah sah menjadi isteri kepada Haris Ismail dalam sebuah Majlis Akad Nikah yang diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Bertemakan warna putih melabangkan kesucian, majlis tersebut diacarakan oleh pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya. Pasangan Raja Sehari ini telah dinikahkan oleh adik Neelofa sendiri, Mohd Aqief Mohd Noor yang berwakil wali bapa kandungnya sendiri. Neelofa menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Menurut Perunding Perkahwinan Reka Teemor, pelamin Majlis Akad Nikah Neelofa dan Haris pada hari ini diinspirasikan dari Jabal Rahmah, tempat dimana bertemunya Nabi Adam a.s dan Hawa satu ketika dahulu. Difahamkan, 4 tan bunga segar telah digunakan untuk menyiapkan pelamin yang cukup indah ini.

Majlis Akad Nikah tersebut diserikan dengan kehadiran Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, personaliti Datuk Haji Rizalman Ibrahim, barisan agamawan serta rakan-rakan artis seperti Awal Ashaari, Scha Alyahya, Adib Khalid, Izara Aisyah, Shalma Aina, Hannah Delisha dan ramai lagi.

Selain itu, bacaan Al-Quran pada majlis ini turut menarik perhatian ramai apabila dialunkan secara murattal oleh Akbar Azmi yang merupakan bekas anggota kumpulan Brothers. Akbar membacakan ayat dari Surah Al-Insan yang dipilih oleh pasangan pengantin sendiri.

Lah Ahmad dan Kumpulan Inteam di Majlis Akad Nikah Neelofa dan PU Riz. Kredit gambar: Facebook Muhammad Hazamin Bin Harun.

Majlis juga turut diserikan dengan persembahan istimewa dari Lah Ahmad dan kumpulan Inteam yang menyampaikan Selawat dan Qasidah pada majlis yang penuh gemilang itu.

Kami di Munsyeed Dot Com mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Neelofa dan Haris. Semoga penyatuan ikatan suci ini akan kekal hingga ke syurga.

Sumber: Mstar, Reka Teemor dan Haris Ismail, Ahmad Fedtri Yahya dan Muhammad Hazamin Bin Harun.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago