Categories: Terkini

Rabbani Junior Rakam Semula Lagu Nadamurni Sempena Ramadhan

Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan kumpulan Rabbani Junior sedang merakamkan sebuah lagu sempena Ramadhan.

Dalam video berdurasi 25 saat yang dikongsikan Azadan Rabbani di akaun Facebook beliau, Kumpulan Rabbani Junior sedang menyanyikan semula lagu Bulan Ramadhan Bulan Rahmat yang pernah dinyanyikan oleh kumpulan Nadamurni. Lagu ini juga pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid Hijjaz dengan judul Ramadhan Bulan Berkat.

Antara yang mendapat perhatian adalah anakanda Almarhum Ustaz Asri Ibrahim; Ilham Fikri yang sedang menuntut di Universiti Malaya (UM). Respon yang diterima daripada peminat amat menggalakkan dimana masing-masing sudah tidak sabar menantikan kemunculan single terbaru Rabbani Junior ini.

Rabbani Junior dianggotai anak-anak kumpulan Rabbani sendiri yang terdiri daripada Izwan Azadan, Farhan Islah Rithaudden, Ilham Fikri, Fardeen Imran, Haikal Rahmat dan Aliff Nazrul. Kesemuanya memiliki vokal yang sangat mengagumkan.

Dari video yang dikongsi di atas, dapat dilihat kematangan dan kekemasan susunan harmoni vokal kumpulan Rabbani Junior ini. Pasti ramai yang tidak sabar menantikan kemunculan Rabbani Junior yang semakin matang ini bukan? Ya, kami pun teruja menantikannya!

Difahamkan, lagu Ramadhan Bulan Berkat ini akan menemui para peminat pada bulan Ramadhan tahun ini. Apa pun, nantikan kemunculannya!

Sementara itu, jom kita layan lagu Di Pondok Kecil yang menampilkan kolaborasi kumpulan Rabbani dan Rabbani Junior satu ketika dahulu.

Munsyeed.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago