Categories: BeritaTempatanTerkini

Nordin Jaafar (Ex-Raihan) Kemalangan

Nordin Jaafar ketika bersama Raihan. Dari kiri- Bakar, Amran, Che Am dan Nordin.

 

Bekas vokalis kumpulan Raihan, Nordin Jaafar terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada hari Selasa, 12 Julai 2011. Nordin Jaafar yang juga bekas vokalis kumpulan Alarm Me dikatakan terlanggar lubang di tengah jalan di kawasan Sungai Tua, Ulu Yam yang menyebabkan beliau tercampak jatuh dari motorsikal milik beliau.

Pihak kami difahamkan, Nordin Jaafar pada ketika itu sedang menuju ke pejabat untuk bersiap-siap berlepas ke Indonesia bagi urusan bisnes. Ketika dihubungi pihak Munsyeed, Nordin memberitahu hasil pemeriksaan doktor, satu tulang rusuk kiri beliau telah retak akibat kemalangan tersebut. Beliau kini sedang berehat di rumah dan bergantung pada ubat penahan sakit yang dibekalkan oleh pihak doktor.

Pihak Munsyeed{dot}com mendoakan semoga Nordin Jaafar bersabar atas ujian yang diberikan, sentiasa cekal menempuh apa jua cabaran dan kembali sembuh dari kesakitan yang dialami. Syafakallah!

Untuk makluman semua, Nordin Jaafar memulakan karier seni beliau dengan menganggotai kumpulan nasyid Alarm Me yang popular dengan lagu Bulan-Bulan Islam. Pada 2006, beliau menyertai kumpulan Raihan, menggantikan solo utama Raihan pada ketika itu, Nazrey Johani yang tampil dengan album solo. Pada 2007, beliau keluar daripada kumpulan Raihan dan muncul sebagai artis solo dengan album Mari Berdoa. Selain bernasyid, Nordin Jaafar juga kerap memenuhi jemputan ceramah dan training di seluruh Malaysia. -MUNSYEED.COM

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago