Categories: ProgramTempatan

Oki & Wardina Kongsi Cerita Bersama Peminat

Sabtu lalu, 9 Jun 2012 telah berlangsung satu program khas buat muslimah anjuran One Heart Creative Solution (OHCS). Program yang dinamakan sebagai “A Moment to Remember ini telah diadakan di Dewan Centrum, Setiawangsa Kuala Lumpur. Panelis undangan program ini memang hebat dan jelita. Siapa lagi kalau bukan Wardina Saffiya dan Oki Setiana Dewi (heroin filem Ketika Cinta Bertasbih).

Program ini turut ditaja oleh Mr. Steak House Shah Alam dan Persatuan Ulama Malaysia, selain Majalah Anis sebagai media rasmi dan Munsyeed{Dot}Com selaku Rakan Media untuk program ini.

Secara umumnya, program ini membawa para peserta untuk menyelami serta mengambil iktibar dari kisah hidup dua panelis ini. Sememangnya kisah mereka telah memberi inspirasi kepada ramai wanita yang mempunyai keazaman untuk berubah menjadi lebih baik. Subhanallah! Perkongsian mereka memang hebat!

Tahniah kami ucapkan kepada team One Heart Creative Solutions kerana berjaya mnganjurkan satu lagi program yang hebat. Peserta yang hadir juga amat luar biasa jumlahnya. Full house!! Moga lebih banyak perkongsian seperti ini dianjurkan di masa akan datang.

Jom lihat gambar-gambar yang sempat kami rakamkan sepanjang program. Untuk paparan lebih besar, sila klik pada gambar.

Panelis yang cukup jelita, Oki Setiana Dewi dan Wardina Safiyyah.

 

Moderator program, Saudari Nazirah Abu Bakar

 

CEO One Heart Creative Solution sedang memberi taklimat

 

Wardina Safiyya berjalan masuk ke dewan setelah memperdengarkan ayat al-quran bersama anaknya.

Sesi perkongsian bermula

 

Mbak Oki Setiana Dewi sedang berbicara

 

Mbak Oki Setiana Dewi

 

Wardina Safiyya aka Kak Dina

 

Comel! permata hati Kak Dina turut menemaninya di atas pentas.

 

Sesi soal jawab. Beratur untuk bertanyakan soalan kepada panelis.

 

Full house!! Beberapa minit sebelum event bermula.

 

Team OHCS bertungkus lumus memastikan segalanya berjalan dengan lancar

 

Peserta yang hadir turut menerima buah tangan dari Majalah Anis dan Aniqah

– Munsyeed{Dot}Com

Azida Annur

Azida Annur, wartawan Munsyeed{Dot}Com versi bahasa inggeris. Beliau kini sudah bekerja dan dalam kesibukkan bekerja itu, beliau masih lagi mampu mencuri ruang dan masa untuk sama-sama aktif dalam Munsyeed{Dot}Com. Mempunyai kemahiran berbahasa inggeris yang baik menjadikan beliau orang terpenting dalam menghidupkan Munsyeed{Dot}Com versi bahasa inggeris.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago