Sedekad Edcoustic Mewarnai Muzik

Sedekad Edcoustic

Sedekad! Bukan satu perjalanan yang mudah buat Edcoustic. Bukan sedikit pengorbanan yang harus dilakukan demi survival karier seni mereka tetapi Edcoustic membuktikan 10 tahun yang ditempuhi sebagai satu perjalanan yang cukup mematangkan dan mendewasakan mereka.

Album Pertama : Masa Muda
Artis duo religi dari Bandung Indonesia ini mula berkecimpung dalam industri muzik seawal tahun 2002. Dianggotai oleh Aden selaku vokalis dan Eggie sebagai gitaris, Edcoustic menerbitkan album sulung mereka berjudul Masa Muda pada Oktober 2004. Walaupun ruang promosi pada ketika itu agak terhad bagi artis-artis baru, namun Edcoustic menunjukkan pencapaian yang luarbiasa dengan jualan album yang cukup memberangsangkan.

Edcoustic dan Bima

Muhasabah Cinta Lonjak Populariti Edcoustic
Edcoustic mencapai kemuncak populariti apabila single lagu Muhasabah Cinta dari album kedua mereka, Sepotong Episode menjadi lagu hits di Indonesia dan beberapa buah negara di Asia Tenggara. Lagu Muhasabah Cinta merupakan hasil paduan mantap vokal Edcoustic bersama artis baru, Bima, disulami dengan bait-bait lirik yang cukup puitis karya Aden. Menerusi lagu Muhasabah Cinta, peminat dari serata dunia mula mengenali Edcoustic dan melihat bakat luarbiasa Edcoustic melalui karya-karya seterusnya dari album pertama dan kedua.

Eggie (Berbaju putih) dan Aden.

Ketika Cinta Bertasbih
Aden yang merupakan vokalis Edcoustic turut mempunyai bakat luarbiasa dalam komposisi lagu. Bakat yang dimiliki oleh Aden pernah menarik perhatian komposer popular Indonesia, Melly Goeslow untuk menjalin kerjasama dalam penerbitan Lagu Tema OST filem religi paling popular di Nusantara (Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura) Ketika Cinta Bertasbih.

Cukup teliti dan mengutamakan kualiti, Edcoustic sangat berhati-hati dalam menghasilkan karya-karya mereka. Setiap karya yang dipersembahkan kepada peminat dihasilkan dengan penuh teliti baik dari segi lagu, lirik mahupun packaging album. Penghasilan karya-karya yang dekat dengan peminat juga menjadi antara faktor utama album Edcoustic sering mendapat tempat di hati para peminat. Antara lagu hits kumpulan Edcoustic ialah Menjadi Diriku, Aku Ingin MencintaiMu Setulusnya, Nantikanku Di Batas Waktu dan banyak lagi.

Album Hits Sedekad
Sempena sedekad Edcoustic mewarnai industri muzik, mereka telah melancarkan sebuah album yang menghimpunkan lagu-lagu hits Edcoustic istimewa untuk para peminat yang tidak jemu-jemu menyokong perjalanan karier seni Edcoustic sepanjang 10 tahun ini. Album Hits Sedekad ini tidak hanya dijual di Indonesia, tetapi album ini turut diedarkan di Malaysia melalui syarikat Inteam Records Sdn Bhd yang mendapat hak eksklusif mengedar album-album Edcoustic di Malaysia.

Edcoustic di Rumah Yatim

Rai Ulangtahun Sedekad Di Rumah Yatim
Baru-baru ini, Edcoustic meraikan ulangtahun sedekad mereka dalam industri muzik di Rumah Yatim, Buah Batu, Bandung. Selain meraikan penghuni Rumah Yatim, Edcoustic turut berkongsi kegembiraan bersama anak-anak yatim disitu dengan memberikan hadiah kepada mereka dan berduet lagu-lagu hits bersama penghuni Rumah Yatim tersebut.

Tahniah Edcoustic untuk pencapaian luarbiasa sepanjang 10 tahun ini. Semoga Edcoustic semakin sukses dan aktif menghasilkan karya-karya terbaik buat para peminat.

-Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago