Maher Zain Akan Duet Dengan Artis Malaysia?

Selepas kejayaan beberapa siri konsert pada tahun lepas, Maher Zain bakal kembali beraksi di pentas konsert Maher Zain Forgive Me Live in Concert di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Konsert bertaraf mega ini bakal diadakan pada Sabtu ini, 16 Jun 2012 bermula jam 8.00 malam.

Dalam satu sidang media yang diadakan di Restoran Hadramawt, Kuala Lumpur, Maher Zain memberitahu yang beliau sudah tidak sabar lagi untuk bertemu dan meraikan para peminatnya dalam konsert mega tersebut.

“Saya sangat teruja menantikan konsert pada Sabtu ini. Banyak benda yang saya rancangkan untuk konsert ini. InshaALLAH, semoga ianya berjalan lancar”, jelas Maher Zain sambil melontarkan senyuman manis kearah media.

Maher Zain mesra melayani para pengamal media di sidang media konsert beliau. Gambar ihsan: TheVIDEOGRAPHERZ International

Maher Zain Forgive Me Live in Concert 2012 merupakan konsert yang dianjurkan dalam siri jelajah dunia untuk album terbaru beliau, Forgive Me. Konsert ini dipersembahkan oleh Canon dan dianjurkan oleh Marctensia Concerts dan Awakening Records. Sejak pelancaran tiket pada 25 April 2012, pihak penganjur mendapat respon yang cukup menggalakkan dari para peminat khususnya dari ahli Maher Zain Malaysia Fan Club.

Maher Rahsia Kejutan Khas Untuk Peminat
Bercerita mengenai konsert yang bakal diadakan Sabtu ini, Maher Zain kelihatan cuba merahsiakan banyak perkara daripada para media. Alasan yang diberi cukup mudah- ia adalah kejutan untuk para peminat saya. Jawapan ni nyata mengundang senyuman dan kegembiraan buat 5 orang ahli Maher Zain Malaysia Fan Club yang turut hadir di majlis sidang media tersebut.

“Pada konsert kali ini, saya akan menyanyikan lagu-lagu dari album terbaru saya. Untuk lagu-lagu versi bahasa Melayu, saya mungkin akan menyanyikan lagu tersebut dalam bahasa Melayu atau mungkin dalam bahasa Inggeris. Ia bergantung kepada kejutan yang akan saya lakukan.” jelas Maher Zain.

Populariti Naik Turun
Dalam sidang media yang sama, Maher Zain turut ditanya mengenai sejauh mana populariti beliau akan bertahan dan bagaimanakah cara beliau mengekalkan populariti yang dikecapi.

Dengan tenang Maher menjawab, “Populariti seorang artis ada jangka hayatnya. Ada masa populariti itu akan naik, ada masa ia akan turun. Yang penting, setiap artis berusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kualiti lagu-lagunya, persembahannya di masa hadapan. Jangan mudah selesa dengan apa yang kita ada.”

Tragedi Syiria
Mengulas mengenai tragedi yang menimpa rakyat Syria, Maher Zain berkata, isu di Syria sepatutnya dilihat dari konteks yang lebih luas. Ketepikan politik dan cuba tangani masalah yang berlaku dengan cara Islam yang lebih universal. Kehidupan perlu diteruskan dan setiap orang mempunyai peranan yang boleh dimainkan untuk menangani masalah tersebut.

Maher Zain ketika menjawab soalan media. Gambar ihsan: TheVIDEOGRAPHERZ International.

Duet Dengan Artis Malaysia Untuk Album Ketiga?
Maher Zain turut teruja menceritakan mengenai perkembangan album ketiga beliau. Menurut Maher, beliau sudah mula mengumpulkan bahan untuk album ketiga beliau dan ia sangat mengujakan kerana ada beberapa kelainan yang akan beliau tampilkan kepada para peminat menerusi album ketiga nanti.

Maher Zain juga tidak menolak jika dalam album ketiga nanti ada pembabitan artis Malaysia.

“Saya terbuka. Saya positif jika ada artis yang sesuai untuk menyanyi bersama saya untuk album ketiga. Setakat ini tiada yang berjumpa untuk berbincang mengenai hal ini.” ulas Maher Zain.

Berlakon Drama Sinetron Di Indonesia
Beliau turut menambah, “InshaALLAH, selesai sahaja konsert ini, saya akan terbang ke Indonesia untuk pengambaran drama bersiri di sana. Kemudian saya akan ke Egypt sebelum berehat bersama keluarga hingga Ramadhan. Sya berharap dapat meluangkan masa bersama dengan isteri dan anak perempuan saya pada bulan Ramadhan nanti.”

Maher Zain Forgive Me Live In Concert 2012 ditaja bersama Etiqa Takaful Bhd dan One Drop Perfumes. Konsert ini disokong oleh Tourism Malaysia, Inteam Records dan Warner Music Malaysia sebagai syarikat rakaman rasmi, Astro sebagai stesen televisyen rasmi, SinarFM sebagai stesen radio rasmi, EraFM dan IKIM.FM selaku sokonganmedia, Hadramawt Restaurant sebagai restoran rasmi, Hilton KL sebagai hotel rasmi, Singesen sebagai sokongan teknikal, Maher Zain Malaysia Fan Club dan Aswara University sebagai rakan promosi dan TJ & Co sebagai jurugambar rasmi konsert.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert Maher Zain, sila hubungi Marctensia di talian 03-20921199 atau layari laman www.marctensia.com. Untuk tempahan tiket, sila ke www.ticketcharge.com.my.

-Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago