Categories: AlbumUlasan

Review: Saat Terindah – Firdaus

SAYA mengenali kumpulan Firdaus ketika lagu hits mereka, Permata Ayah Bonda sering keudara di kaca TV, mungkin lebih 12-13 tahun lalu. Siapa yang ingat lagu tu, dimana video klipnya dirakam di tengah sawah padi? Hehe…

Dan kini saya terima pula album terbaru mereka, Saat Terindah daripada mereka untuk direview. Tengok kulit albumnya, ada semacam corak yang macam batik, tapi bukan batik! Lebih kepada lukisan yang abstrak. But nice cover, gaya posing gambar mereka di dalam pun memperlihat mereka seperti dalam formasi sebuah band rock. Cuma, kegagalan untuk meletakan nama pada gambar setiap ahli kumpulan memang menyukarkan orang nak mengenali terutama peminat baru. Malah saya pun susah nak cam!

Sembilan lagu. Hmm banyak juga ‘featuring’ yang mereka bawa untuk memeriahkan album ini ya. Maka, mari kita tengok lagu-lagunya ya. OKEY JALAN!!

Track 1: Sabar Sajalah – lagu yang sangat santai, bersahaja tetapi mesejnya sangat dalam. Dengan rap yang bersahut-sahut. Mengadun kemas pop, rap dan R&B. Sudah boleh mengagak arah tuju album ini. Kolabrasi dengan Cat Farish, Zizan dan Bee.Ru tampak menjadi. Liriknya pula, cukup sinikal.

Track 2: Pahlawan Patah Hati. Mencuba konsep pop yang simple tetapi padat. Single utama buat album ini, dan bagi saya pemilihan ini aadalah tepat kerana nilai komersil yang ada, radio friendly. Padat juga arrangement lagu ni.

Track 3: Saat Terindah – Lagu yang nampak menguji sedikit kekuatan vocal mereka. Arrangement muzik juga nampak pop juga seperti track terdahulu. Namun mereka berjaya menyesuaikan muzik dengan melodi yang dibawa. Arrangement koir yang menyelit memang mantap!

Track 4: Ku Bersaksi (feat Noh Hujan & Sheila Abdul) – Pop yang diadun dengan sedikit muzik rock yang ringan.  Arrangement mantap.

Track 5: Masihkah Ada Cinta (Feat Zahid) – Lagu Ballad yang sangat menguji kekuatan vocal mereka. Baru nampak dan boleh dinilai sejauh mana persembahan mereka. Kolabrasi dengan Zahid tampak Berjaya. Memang layan lagu ini.

Track 6: Semua Milik Kita (Feat Pretty Ugly): Rock dan energatik. Cuma Firdaus kedengaran seperti berusaha sedaya upaya untuk ‘masuk’ dalam gaya Pretty Ugly. Track ini banyak memperlihatkan bagaimana untuk mereka tidak tenggelam dibawa arus Pretty Ugly, maksudnya tidak overshadow.

Track 7: Kerna-Nya Aku Menolaknya – Kembali dengan laid back. Tidak terlalu ballad namun track slow sebegini sememangnya lebih banyak menguji vocal mereka… Saya suka arrangement simple sebegini, arrangement string juga baik.  Cuma frasa perkataan ‘setan’ dalam lirik mereka Nampak macam janggal, mungkin kasar sedikit bunyinya.

Track 8: Haluanku. Kembali dengan irama pop rock biasa seperti lagu-lagu sebelumnya. Biasa sahaja tiada kelainan, selain daripada arrangement mereka yang tight. Jarang saya mendengar kumpulan yang mempunyai sifat tigt sebegini.

Track 9: Laksana Impian – Track ini sedikit lain daripada yang sebelumnya. Arrangement muzik mereka penuh dengan programming dengan bunyi-bunyi yang sedikit dark. Vokal mereka juga teruji dengan lagu sebegini.

Pop. Itulah hala tuju mereka sekarang. Tiada lagi irama nasyid yang betul-betul solid. Namun jika dipandang dari sudut lain, tema yang dibawa Firdaus tetap menjurus kearah yang positif. Pujian juga harus diberi kepada tenaga produksi kerana Berjaya melakukan material yang mantap  dan padu sebegini.

Mungkinkah ini saat terindah mereka? Dapatkan dan nilaikan

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago