Categories: BeritaInternational

Ura-Ura Mengenai Konsert Maher Zain

Assalamualaikum!

Untuk menambah rasa teruja di kalangan penonton konsert malam ini, kami sediakan beberapa info menarik yang kami perolehi dari sumber-sumber yang boleh dipercayai mengenai Maher Zain Forgive Me Live in Concert 2012 di Stadium Merdeka malam ini. Walaupun bergitu, ia masih dikira info tidak rasmi dan bersifat ‘ura-ura’. Info ini hanya dikira benar jika ia disahkan oleh pihak Maher Zain dan penganjur sahaja.

  • Dikhabarkan, Maher Zain akan membuat kejutan istimewa kepada para peminatnya di konsert malam ini dengan menunjukkan bakat bermain alat muzik. Alat muzik apa? Kena datang konsert malam ini.
  • Sewaktu sidang media baru-baru ini, Maher Zain bersungguh-sungguh menyatakan yang konsert beliau pada kali ini sangat berlainan berbanding konsert beliau sebelum ini. Banyak perubahan dan pembaharuan yang bakal ditampilkan. Beberapa elemen suprise dan excitement bakal disuntik dalam persembahan kali ini. Ternyata Maher Zain berazam menjadi performer dan entertainer yang baik pada malam ini. Nantikan!
  • Maher Zain akan menyanyikan lagu-lagu dari album kedua beliau, Forgive Me. Namun, ketika ditanya media, Maher Zain tidak menafikan yang beliau akan menyanyikan beberapa buah lagu dari album pertama beliau. Apa lagunya? Surprise!
  • Maher Zain bakal menyanyikan 23 buah lagu pada konsert kali ini.
  • Untuk lagu-lagu yang dinyanyikan dalam Bahasa Melayu, Maher Zain turut mempertimbangkan untuk menyanyikan lagu-lagu tersebut dalam Bahasa Inggeris khas untuk para peminat.
  • Para pemuzik Malaysia akan mengiringi persembahan konsert Maher Zain malam ini.
  • Persembahan Maher Zain pada malam ini akan mendapat sokongan vokal dari kumpulan vokal harmoni Malaysia yang terdiri dari selebriti terkenal yang mempunyai vokal mantap seperti Suffian Saujana, Faiz Brothers, komposer Frzidan dan ramai lagi.
  • Adakah Maher Zain akan memenuhi permintaan peminat dengan menyanyikan beberapa buah lagu extra walaupun konsert sepatutnya sudah tamat seperti tahun lepas? Tunggu malam ini.
  • Tidak seperti konsert-konsert sebelum ini, pada konsert malam ini Maher Zain akan menjemput beberapa orang peminat bertuah untuk menyanyikan lagu bersama beliau di atas pentas! WOW!
  • Beberapa orang selebriti sudah mula Tweet dan berFacebook mengenai Maher Zain Forgive Me Live In Concert 2012. Kehadiran mereka pasti akan menarik perhatian lensa kamera pada malam ini.
  • Sewaktu sidang media, Maher Zain ada menyebut tentang progress album ketiga beliau. Adakah Maher Zain akan memperdengarkan beberapa buah lagu baru di konsert malam ini? Doakan sahaja!

-Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago