Opick Bakal Duet Dengan Putrinya Dalam Album Baru

Lagu-lagunya sentiasa menginspirasikan. Dengan lirik yang puitis dan melodi yang menenangkan, lagu-lagu Opick berjaya mendapat tempat di hati para peminat beliau baik di Indonesia mahupun di Malaysia.

Dengan lagu-lagu yang indah, Opick merantau dari sebuah desa ke desa yang lain, dari sebuah bandar ke bandar yang lain dan dari sebuah negara ke negara yang lain, menyebarkan dakwah dan memartabatkan kalimah Tauhid ke serata dunia.

Opick Sibuk Bikin Album Baru

Terbaru, kami mendapat berita yang Opick sedang sibuk membikin album barunya yang akan menemui peminat tidak lama lagi. Bertindak sebagai penyanyi dan komposer, Opick dilihat begitu tekun dan teliti menyiapkan karya terbarunya untuk dipersembahkan kepada para peminat beliau.

Munsyeed Dot Com tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan terkini penyanyi Indonesia yang bertaraf antarabangsa ini. Enggan mengganggu konsentrasi Opick, maka kami berhubung dengan isteri beliau, Dian Rusita yang kini bertindak sebagai P.A Opick.

Menurut Dian, Opick kini sedang sibuk menyiapkan album baru beliau.

“Iya (Opick) sangat sibuk dengan segala persiapan album baru. Alhamdulillah setakat ini sudah 90 persen sudah siap.” jelas Dian.

Sahabat Sejati – Opick Duet Bersama Putrinya

Tambahnya lagi, untuk album terbaru ini, Opick telah merakamkan lagu khas yang akan menampilkan anak perempuannya sebagai rakan duet untuk lagu tersebut.

“Berita terbaru untuk album terbaru ini, InshaAllah, Opick telah mengajak putrinya untuk berduet dalam sebuah lagu berjudul Sahabat Sejati. Lagu ini juga akan menjadi judul untuk album ke-10 Opick.”

Album Opick Ke-10, 10 Buah Lagu Baru

Disamping itu, Dian memberitahu kami bahawa Opick telah menyusun 10 buah lagu baru untuk dimuatkan dalam album terbaru ini. Alhamdulillah, kami yang mendengarnya juga berasa teruja dan tidak sabar untuk menunggu kemunculan album tersebut.

Adakah Album Ke-10 Akan Diedarkan Di Malaysia?

Ketika ditanya adakah album ini akan turut diedarkan di Malaysia, beliau berkata ia bergantung kepada perbincangan diantara syarikat Opick, Tombo Ati Production dan syarikat di Malaysia.

Untuk rekod, album-album Opick pernah diedarkan oleh PMP Entertainment dan yang terbaru oleh Inteam Records Sdn Bhd.

“Kami sudah sampaikan info. Sedang menanti respon syarikat Malaysia.” jawab Dian sebelum mengakhiri perbualan bersama kami.

Kalau mengikut kebiasaan, Opick akan melancarkan album terbarunya sebelum Ramadhan. Adakah album ini turut sama dilancarkan sebelum Ramadhan seperti album-album Opick sebelum ini? Nantikan pengumuman rasmi dari Opick sendiri.

[alert variation=”alert-info”] [icons icon=”icon-flag” color=”#dd3333″] Jangan lupa untuk mendapatkan info terkini Opick di laman sosial Facebook dan Twitter[/alert]

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago