Categories: BeritaTempatanTerkini

Kartunis Komik ‘Syaitan Musuh Kita’ Meninggal Dunia

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun.

Kartunis Abe atau nama sebenarnya Tuan Mohd Azhar Tuan Kadir telah dijemput menghadap Ilahi pada 28 April 2014, jam 5.30 petang di Hospital Melaka, setelah hampir dua minggu koma akibat jangkitan kuman pada otak.

Allahyarham merupakan seorang lagenda kartunis dakwah yang cukup disegani. Karyanya sentiasa memberikan motivasi dan inspirasi untuk pembaca-pembacanya.

Siapa yang tidak kenal dengan komik allahyarham berjudul “Syaitan Musuh Kita” di dalam Majalah Asuh yang sering mendapat sambutan. Siri komik ini menjadi tarikan utama Majalah Asuh setiap kali ia diterbitkan. Malah, kami di tim editorial Munsyeed Dot Com juga merupakan peminat setia siri komik Syaitan Musuh Kita, hasil karya allahyarham Abe.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Majalah Asuh, Allahyarham Abe adalah antara kartunis yang turut sama terlibat memberi sumbangan tenaga dan ilustrasi pada peringkat awal penerbitan Majalah Asuh dahulu. Antara sumbangan utamanya ketika itu adalah penghasilan komik ‘Mahmudah-Mazmumah’, ‘Syaitan Musuh Kita’ dan lain-lain.

Pemergiannya telah meninggalkan ruang legasi yang terlalu besar untuk diisi. Siapakah yang bakal mengisi kekosongan pada legasi yang beliau telah tinggalkan? Semoga lebih ramai kartunis dakwah lahir untuk mendidik umat ini.

Doa dan Al-Fatihah buat Allahyarham Tuan Mohd Azhar Tuan Kadir. Semoga allahyarham sentiasa dilimpahi kasih sayangNya dan dihimpunkan bersama para syuhada’ dan solihin. Amin.

Takziah buat keluarga Allahyarham Tuan Mohd Azhar Tuan Kadir.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago