Categories: AlbumTerkiniUlasan

Review: Vast -Variasi Alunan Satu Tujuan

Masalah utama yang selalu yang dihadapi oleh kumpulan nasyid ‘Baru nak up’ ialah mereka keliru dengan konsep sendiri. Ini terjadi apabila terlalu banyak eksperimen yang nak dibuat dalam album sendiri, menyebabkan kadang-kadang ada yang tenggelam terus dek eksperimen sendiri.

Terima kasih pada ahli kumpulan Vast yang datang sendiri ke pejabat saya di PWTC untuk menyerahkan album ini. Menurut pihak mereka, album ini menggunakan budget sendiri, malah terbitan dan edaran semuanya dilakukan oleh syarikat mereka sendiri tanpa bergantung pada orang lain. Berani betul budak-budak ni!

Kulit album sulung Vast yang bertajuk ‘Variasi Alunan Satu Tujuan’ pun simple sahaja, tiada yang menarik. Cuma ada perkataan ‘Hakcipta Terpelihara. Jangan merompak hak orang lain’. Errr, takde disclaimer yang jelas termasuk (P) & © …. Jom kita dengar pula apa yang mereka persembahkan

showinfo=0

Track 1 – Penasaran: Nampaknya awal-awal lagi mereka sudah menentukan arah tuju album sulung Vast. Pop ringan. Cuma walaupun hanya pop biasa, mereka bijak mengawal susunan muzik dan arrangement vocal agar tidak kedengaran terlalu longgar dan ada gap dicelah-celah. Hmm, tak ramai bakat baru yang ada keupayaan sebegini , apatah lagi album ini adalah bertaraf ‘sendiri bikin’.

Track 2 – Khutbah Wida’: Track narration…..what can I say. Cuma saya rasa reverb terlampau banyak pada sesetengah tempat, berlaga dengan backup voice di belakang. Kacau sedikit. Tapi penghayatan memang terbaik.

Track 3 – Kekasih Maha Agung: Masih kekal dengan pop ringan. Tapi memang saya puji mereka sebab pandai mengisi ruang.

Track 4 – CintaNya: Masih ‘istiqamah’ dengan konsep yang mereka bawakan. Melodi ballad yang kuat, Cuma mixing vocal terutama masa awal lagu seakan terlalu kedepan. Solo gitar ditengah yang melawan arus. Ini track pilihan saya dalam album ini. Cumanya, saya mahu susunan muzik ini lebih tight dan berat terutama pada bahagian dram. Seakan tak cukup punch untuk track sebaik begini.

Track 6 – Taubatku: Juga simple. Cuma terdengar sound bass programming yang agak kaku di belakang.

Track 7 – Zikir Cinta: Track ballad yang baru kini saya dengar vocal mereka teruji. Tiupan flute dari Mohar melatari track ini menyelamatkan track ini kerana seakan kosong sedikit, tidak seperti sebelumnya.

Nampaknya, Vast tak mahu berfikir panjang membikin eksperimen karut marut dalam album mereka, tetapi hanya focus pada konsep pop ringan. Pujian harus diberikan kerana mereka tidak hilang tumpuan dalam album ini.

Cuma, saya harap mereka lebih berani dalam album akan datang. Konsep tu elok dikekalkan, Cuma perlu lebih improvisasi dan kepelbagaian lagi.

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago