[carousel arrows=”display” buttons=”display”]
[panel][/panel]
[panel][/panel]
[panel][/panel]
[/carousel]
Rasanya masih belum cukup puas lagi kami mendengar-ulang album Zikir Terapi Diri 2 di dalam kereta. Kini Hafiz Hamidun dikatakan bakal muncul dengan siri zikir terapi diri yang seterusnya tidak lama lagi. Pada awalnya kami menyangka album beliau akan terbit paling awal pada tahun hadapan, namun telahan kami nyata meleset. Wow! Sungguh produktif!!
Bagi menyambut kelahiran buah tangan terbaru daripada Hafiz, laman web beliau di alamat www.hafizhamidun.com telah diberikan nafas baru sesuai dengan imej serta penampilan Hafiz yang dilihat semakin matang di dalam Zikir Terapi Diri 3.
Menurut laman web tersebut, album Zikir Terapi Diri 3 yang dijangka bakal menerima sambutan hangat dikalangan peminat Hafiz akan berada di pasaran digital dan kedai-kedai CD seluruh Malaysia mulai pada bulan Mei 2014. Album tersebut bakal diedarkan bersama Warner Music Malaysia dan juga Inteam Records.
Sementara menantikan kehadiran album Zikir Terapi Diri 3, jom dengarkan dahulu trek promosi yang disediakan oleh Hafiz di bawah.
Hafiz Tiru Karya Orang Lain?
Menjadi seorang Hafiz Hamidun pasti tidak akan pernah surut daripada sebarang kontroversi. Tidak perlulah kami ungkap kembali satu per satu kontroversi yang melanda beliau terutamanya perkara yang kami sifatkan sebagai terlalu peribadi. Walaubagaimanapun, kami memuji keberanian dan kebijaksanaan beliau serta tim Arteffects International yang bijak menangani sebarang isu dibangkitkan.
Terbaru, salah seorang pembaca Munsyeed telah menuduh Hafiz Hamidun meniru lagu Zorro di dalam salah sebuah trek preview yang kami kongsikan di laman Facebook Munsyeed Corner.
Bagi mengenal pasti kebenaran dakwaan tersebut, kami telah menghubungi pembaca terbabit dan juga Hafiz sendiri untuk mendapatkan penjelasan serta jawapan bagi merungkai dakwaan ini. Sebagai seorang artis, tuduhan seperti ini adalah sangat berat kerana ia membabitkan kualiti kerja, periuk nasi serta kejujuran mereka di dalam berkarya. Kami harap pembaca tersebut hanya ingin bergurau sahaja memandangkan tuduhan seperti ini memberikan impak yang besar terutamanya kepada selebriti Islamik yang sering disamakan sebagai ustaz. Nantikan maklumbalas mereka di dalam post seterusnya, Insya Allah.
[alert]KEMASKINI: Setelah mendapat maklumbalas daripada kedua belah pihak, kami di Munsyeed Dot Com mendapati dakwaan pembaca tersebut adalah tidak benar.[/alert]
– Munsyeed Dot Com