Pandemik Covid-19 Bukan Penghalang Nasyid Terus Ke Persada Antarabangsa

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia tidak menjadi penghalang kepada kumpulan-kumpulan nasyid dari Malaysia untuk terus mengharumkan nama negara ke peringkat Antarabangsa.

Baru-baru ini kumpulan Raihan, Rabbani dan Inteam telah dijemput mengadakan persembahan di atas talian untuk sebuah acara tahunan yang dianjurkan di Toronto, Kanada iaitu Reviving Islamic Spirit Covention atau ringkasnya RIS.

Azadan dari kumpulan Rabbani yang baru sahaja memenangi kategori Vokal Terbaik dalam Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM 2020) baru-baru ini, ketika ditemuramah berkata “Alhamdulillah, hikmah yang baik dari wabak kali ini ialah kami berpeluang mengadakan persembahan di luar negara secara atas talian tanpa perlu meninggalkan keluarga untuk tempoh perjalanan ke luar negara yang lama dan pastinya memenatkan”

“Walaupun tidak dapat ke Kanada, namun mesej dakwah yang kami cuba bawa melalui lagu-lagu nasyid kami masih tetap dapat disebarkan bukan sahaja kepada penonton di Kanada, bahkan seluruh dunia yang menyertai konvensyen secara maya ini” tambah beliau lagi.

Manakala Hazamin dari kumpulan Inteam pula berkata “Alhamdulillah, Anugerah Kembara yang kami perolehi baru-baru ini dalam ANAM 2020 pasti akan menjadi pembakar semangat kami untuk terus mengikut jejak langkah abang-abang kami dari Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brothers untuk terus melebarkan sayap dakwah ke seluruh dunia melalui Nasyid”

“Kami bersyukur kerana kali ini kami diberi kepercayaan oleh penganjur antarabangsa RIS ini untuk kami menguruskan rakaman kandungan dan pengurusan artis bagi segmen persembahan Artis Malaysia di dalam acara berprestij seperti RIS Convention ini” Tambah Hazamin lagi.

Manakala wakil kumpulan Raihan iaitu saudara Che Amran pula ketika ditanya berkenaan jemputan persembahan Antarabangsa secara atas talian ini menjawab “Alhamdulillah, dari pengalaman kami mengembara ke serata dunia menyampaikan Nasyid, kami lihat Nasyid Malaysia sangat diterima di peringkat antarabangsa, dan kali ini kami berpeluang pula meneruskan persembahan luar negara melalui persembahan norma baharu secara atas talian”

“Saya merasakan, inilah masanya yang sangat sesuai untuk pihak kerajaan Malaysia membantu dan menyokong kumpulan-kumpulan Nasyid membawa nama Malaysia dan menjenamakan Nasyid Malaysia di peringkat antarabangsa. Kami berterima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Jabatan Perdana Menteri bahagian Hal Ehwal Agama yang menyokong penuh ANAM 2020 baru-baru ini” ujar beliau yang baru menerima Anugerah Khalifah iaitu anugerah khas untuk kumpulan Raihan yang menjadi pencetus fenomena nasyid kontemporari di Malaysia.

Persembahan Raihan, Rabbani dan Inteam telah ditayangkan secara langsung melalui laman sesawang RISConvention.com baru-baru ini pada 27 Disember 2020 dan dapat ditonton oleh peserta-peserta konvensyen tersebut yang membayar tiket bernilai 25 dolar dari seluruh dunia.
Mereka telah menyampaikan lagu-lagu antaranya Thank You Allah, Allahu, Ahmad Ya Habibi, Maulana, Qamarun, Salamun Salam, Tola’al Badru dan banyak lagi.

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago