Categories: BeritaTempatan

“Pelakon suara Kareem ini adalah anggota kumpulan nasyid terkenal..” – Durioo+

Platform kandungan selamat untuk kanak-kanak Muslim; Durioo+ akan menyiarkan siri animasi terbaru berjudul ILM – Kebangkitan Khalifah. Siri animasi ini akan mula ditayangkan pada bulan Ramadan ini.

Menariknya, Durioo+ turut mendedahkan penglibatan seorang anggota kumpulan nasyid terkenal dalam siri animasi ini.

Beliau bakal meminjamkan suaranya untuk watak Kareem, seorang mentor, guru dan penjaga buat Siddiq dan Farooq.

Walau bagaimanapun, identiti artis nasyid tersebut masih dirahsiakan oleh pihak Durioo+.

ILM – Kebangkitan Khalifah merupakan siri animasi Islamik yang disasarkan untuk kanak-kanak berusia 8 hingga 12 tahun. Siri ini bakal menampilkan elemen sains fiksyen dan aksi sambil disulami dengan unsur Islam, sesuai untuk segmen kanak-kanak yang sedang membesar.

Watak-watak yang ditampilkan sangat menarik sekali dengan visual animasi berkualiti tinggi. Pasti ramai yang menantikan kemunculan siri animasi ini.

ILM – Kebangkitan Khalifah akan mula bersiaran secara eksklusif di platform Durioo+. Untuk melanggan, sila layari laman sesawang Durioo+ atau muat turun aplikasi Durioo+ di Apple App Store atau Google Play Store.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago