Categories: BeritaInternational

Universal Music Group Umum Perjanjian Dengan TikTok Tidak Diperbaharui

Universal Music Group (UMG) mengumumkan perjanjian antara mereka dan TikTok yang berakhir pada 31 Januari 2024, tidak akan diperbaharui. Tindakan itu dibuat ekoran kegagalan mencapai kata sepakat antara kedua-dua belah pihak dalam memuktamadkan pembaharuan perjanjian.

UMG dalam kenyataannya memberitahu, terdapat 3 isu penting yang ditekankan sewaktu perbincangan pembaharuan perjanjian iaitu pembayaran imbuhan yang bersesuaian kepada artis dan komposer, perlindungan kepada artis terhadap kesan keburukan kecerdikan buatan (AI) dan keselamatan pengguna TikTok atas talian.

Menurut UMG, mereka sentiasa berusaha keras memastikan kebajikan dan hak artis-artis dibawah label mereka dilindungi di semua platform yang menggunakan muzik artis di bawah label mereka. Usaha berterusan dibuat bagi memastikan pembayaran imbuhan penstriman kepada artis dan komposer bersesuaian dengan nilai yang mereka berikan kepada platform.

UMG juga giat memastikan agar kesemua artis mereka dilindungi dari sebarang bentuk penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) terhadap karya-karya mereka, dalam masa yang sama cuba mengadaptasi kebaikan penggunaan AI.

Tanpa pembaharuan perjanjian antara UMG dan TikTok, maka kita mungkin akan menyaksikan ketiadaan kandungan muzik dari artis label UMG di platform TikTok bermula Februari 2024.

Sumber: Universal Music Group

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago