Categories: BeritaTempatan

Pemergian CEO TV Alhijrah Satu Kehilangan Besar Buat Negara

“Menerima perkhabaran sedih CEO TVALHIJRAH Datuk Bukhari Che Muda telah kembali ke Rahmatullah pagi ini akibat cancer. Beliau yang saya kenali seorang yang amat komited dengan kerja-kerja dakwah dan program memartabatkan Islam. Beliaulah juga bertanggungjawab mencetuskan fenomena baru dalam dunia penyiaran meletakkan TVALHIJRAH setanding dengan saluran tv lain. Malah ketika saya dilantik sebagai YDP YADIM, beliaulah orang pertama yang menghulurkan tangan untuk bekerjasama dan membantu saya dan YADIM untuk menyemarakkan kerja dakwah di bumi Malaysia. Ya Allah Engkau ampunkanlah segala dosa beliau dan cucurilah rahmat dan tempatkan roh beliau dikalangan para ambiya’, syuhada’ dan orang yang bertaqwa. Ameen wa al-Faatihah.”- Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Yang Dipertua YADIM.

“Sungguh besar jasanya. Moga Allah kurniakan syurga buatnya atas segala jariahnya.” – Mohd Asri Ubaidillah, Kumpulan Rabbani.

“Takziah untuk warga Tv Alhijrah. Dunia penyiaran Islam Malaysia kehilangan orang yang sangat berjasa. Sangat soft spoken orangnya, sangat menghormati masa. Beliau ada “instict” yang boleh membaca samada seseorang itu ada potensi atau tidak. Semoga Allah menempatkan Che Bukh di kalangan solehin.. Innalillah.” – Suffian Amrin, Kumpulan Saujana.

“Kehilangan besar buat dunia penyiaran Islam. Pencetus perubahan kepada medium dakwah baru. Secara peribadi Dato bukh adalah insan yang menjadi asbab ana terlibat dalam dunia penyiaran. Sepanjang bekerja banyak tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan. Seorang yang humble tapi tegas. Alfatihah.” – Ahmad Fadzli, Kumpulan UNIC

“Sepanjang mngenalinya, beliau seorang yang begitu humble dan mudah didekati. Teringat waktu diterima untuk kendalikan program Sahabat TV9, beliau kata, “Memang kamulah orang yang saya mimpi akan kendalikan program Sahabat ini”. Namun sayang jodoh saya dengan TV9 tak panjang. Semoga Allah meletakkannya di kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.” – Zaidi Rustam, Kumpulan Wildan.

“Sangat mengagumi beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman dan beramal soleh.” Mohd Radzi Sulaiman (ITO Lara), Penulis Lirik Terkenal.

“Innalillah… Beliau terajui tv Islam diwaktu tiada model yang jelas (untuk dilihat dan dirujuk). Dengan segala ilmu yang orang ramai dapati dan suasana yang ada pada hari ini. Moga Allah ampuni beliau dan keluarga dan tempatkan mereka semua di syurga tertinggi. Moga kita turuti jejak pejuang seperti beliau.” – Muadz Dzulkefly.

“Kami di Nasyeed.Com sangat terasa kehilangan. Beliau seorang pejuang media Islami yang berani membuat anjakan paradigma. Banyak bagi peluang pada Nasyeed.Com utk bersama meriahkan dan menyumbang idea seperti Akademi Nasyid di TV9 dan bagi ruang kerjasama yang besar semasa penganjuran Anugerah Nasyeed.Com.” – Waie Ramly, CEO Nasyeed.Com Edutainmnet Sdn Bhd.

“Walaupun kami masih baru dalam industri, TV Alhijrah adalah antara stesen tv yang kerap kami kunjungi berbanding dengan stesen lain. Walaupun tidak pernah jumpa in person dengan Che Bukh, tetapi beliau dekat dengan para munsyeed kerana jasa beliaulah yang membuka landasan untuk kami berdakwah kepada masyarakat luar. Semoga segala usaha dan kerja keras arwah dalam penubuhan medium Islamik yang juga merupakan satu titian yang banyak berjasa kepada para munsyeed untuk teruskan perjuangan dakwah diberkati Allah dan semoga segala apa sahaja yang disampaikan akan dijanjikan Allah yang terbaik. Al-Fatihah.” – Aizat Jaafar, Kumpulan Hufaz.

“Innalillah hi wainna ilaihiraajiun. Just nak share sedikit kenangan: Che Bukhari yang initiate Kisah-Kisah Anbia’ di TV3 pada tahun 2001 masa zaman saya penulis skrip untuk Wardina & kanak-kanak. Banyak jasanya dalam program-program awal Islamik kerana di TV3 dulu dia bos rancangan famili & islamik. Kemudian jadi bos TV9, pernah sembang di kafe Sri Pentas, minum kopi, beliau tawarkan saya kerja di TV9, tolong dia masa awal-awal dulu dia nak cari team baru, tapi saya tolak dengan baik kerana ada tugasan lain waktu itu. Selepas itu dia ke TV Alhijrah bila Dato’ Mashitah nampak dialah paling sesuai untuk lead stesen TV Islamik baru kerana sebelum ini Che Bukhari sukses di TV9 handle Akademi Quran & pelbagai program Islamik di TV9. Dato’ Mashitah biasa dipanggil jadi tetamu vip final pelbagai program memandangkan beliau Setiausaha Parlimen Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang terlibat dalam setup awal TV baru Islamik bawah kerajaan. Bukan senang sebenarnya handle tv. And how he handle it smoothly people & the management of creative side & non-creative side adalah satu skill seorang CEO TV Islamik yang perlu kita tabik dan salute. Tak ramai orang boleh jadi CEO, creative side ramai tapi management side tak ramai ada pengalaman top level macam Che Bukhari. Al-Fatihah.” – Jef Hazimin, Pengacara, Komposer dan Trainer.

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

Stories by Muslim Pro Dilancarkan: Penceritaan Digital Tanpa Sempadan, Madina Jadi Pembuka Tirai

Muslim Pro, aplikasi gaya hidup Muslim paling popular dunia, melancarkan inisiatif kandungan baharu Stories by Muslim…

6 days ago

Jalin Ukhwah – Menteri Agama Main Badminton Bersama Inteam, Munsyid Malaysia

Suasana santai penuh ukhuwah tercipta apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB…

4 weeks ago

Ada Pihak Sabotaj Lagu Bianglala Sehingga Tidak Tercalon AIM? Ini Pendedahan Faiesh Syazwan

Nama baharu dalam industri muzik tanah air, Faiesh Syazwan, kini semakin mendapat perhatian selepas kemunculan…

4 weeks ago

Devotees Umum Senarai Lagu Untuk Showcase Devotees 2025

Selepas mengumumkan penganjuran showcase khas sempena ulang tahun ke-20 mereka baru-baru ini, kumpulan nasyid Devotees…

1 month ago

Munsyid Malaysia Raikan Calon Top 5 Anugerah Industri Muzik Ke-24 (AIM 24)

Munsyid Malaysia tampil merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) atas penganjuran…

1 month ago

Hazamin Inteam Terima Anugerah Tokoh Alumni UIAM Sempena IIUM Takrim Day 2025

Penyanyi nasyid Inteam, aktivis kemanusiaan Peduli Insan dan alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad…

1 month ago