Peminat Maher Zain berang rasa tertipu

KUALA LUMPUR, 9.Oktober.2010- Sesi Meet The fan bersama Maher Zain di Rock Corner, The Curve menjadi sedikit kecoh apabila para peminat melahirkan rasa tidak puas hati mereka kerana gagal mendapatkan peluang bergambar dan tandatangan penyanyi terkenal dari Sweden, Maher Zain.

Mereka melahirkan rasa tidak puas hati itu berikutan syarat yang dikenakan oleh pihak Rock Corner yang menetapkan setiap para peminat yang mahu bergambar dan mendapatkan tandatangan Maher Zain perlu membeli CD Maher Zain dan menunjukkan resit sebagai bukti pembelian. Para peminat membeli CD Maher Zain dengan harga penuh, RM27.90 dan beratur panjang sejak 2.30petang.

Beberapa orang peminat yang sempat ditemui oleh pihak Munsyeed melahirkan rasa kesal dengan kejadian tersebut.

“Pihak kedai meletakkan syarat dan kita telah memenuhi syarat tersebut. Tetapi kehendak kami dinafikan hanya disebabkan faktor masa. Apabila saya minta dipulangkan duit, pihak kedai tidak memulangkannya sebaliknya menggantikan CD yang saya beli dengan CD lain yang telah ditandatangani oleh Maher Zain. Ini satu penipuan. Kami mahu berjumpa dan bergambar dengan Maher Zain sendiri.”

Seorang lagi peminat yang ditemui pihak Munsyeed berharap agar kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi.

“Saya harap kejadian ini tidak berlaku di sesi Meet The Fan bersama Maher Zain esok di Maju Junction. Tak kan kami perlu beli CD Maher Zain banyak kali untuk dapatkan peluang berjumpa dan bergambar dengan Maher Zain. Saya harap, pihak kedai tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata sebaliknya bersikap adil dengan para peminat agar wujud win-win situation.”

Maher Zain yang tiba dalam jam 3.45 petang, meluangkan masa selama hampir 1 jam untuk sesi Meet The Fan tersebut.

Ketibaan Maher Zain disambut dengan penuh meriah oleh para peminat. Dihujani lensa kamera tanpa henti, Maher Zain kelihatan tenang melayani kerenah para peminat beliau. -MUNSYEED.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago