Categories: BeritaTempatanTerkini

Pencarian Himpunan Bakat Nasyid 2 Dibuka!

Kejayaan album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama yang berjaya melonjakkan nuansa nasyid di Utara Malaysia telah menjadi batu loncatan kepada Jaringan Masry Entertprise untuk meneruskan projek album ini bagi edisi kedua. Mengutamakan bakat-bakat baru untuk ditonjolkan, Himpunan Bakat Nasyid merupakan satu inisiatif terbaik daripada Jaringan Masry Enterprise (JME) untuk mengembangkan bakat-bakat penasyid baharu di dalam industri nasyid Malaysia.

Untuk edisi kedua ini, JME akan bekerjasama sekali lagi dengan Ilham Cipta Production Studio (ICP Studio) dan bakal melibatkan beberapa kumpulan baru disamping kumpulan Masry sendiri sebagai teraju utama.

Menurut jurucakap JME, mereka kini dalam pencarian bakat-bakat baru yang berminat untuk menyertai projek album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Kedua.

“Kami membuka peluang kepada mana-mana kumpulan nasyid atau penasyid solo yang berminat untuk menyertai HBN Kedua dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk HBN Edisi Kedua, kami menjanjikan kualiti yang lebih baik dari segi vokal, lagu dan susunan muzik. InshaALLAH, semoga segalanya berjalan lancar.” jelas wakil pengurusan JME.

Kepada mana-mana kumpulan atau penasyid solo yang berminat untuk menyertai HBN Edisi Kedua, bolehlah berhubung terus dengan Ustaz Hafiz Azizan di talian 0195139837. Informasi mengenai Himpunan Bakat Nasyid boleh diperolehi di blog HBN di http://bakatnasyid.blogspot.com atau dilaman Facebook Page http://www.facebook.com/pages/Bakat-Nasyid/346535908706996.

Album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama, boleh layari www.jmeniaga.com.my.

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago