Categories: BeritaInternational

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi Dimasukkan Ke Hospital

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

Ulama tersohor dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, 86 tahun, telah dimasukkan ke Jeddah Specialist Hospital semalam. Menurut Saudi Gazette, berita mengenai Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dimasukkan ke hospital telah dilaporkan oleh Sheikh Salman al-Ouda melalui laman Twitter beliau.

Print screen Twitter Sheikh Salman Al-Ouda.

Setakat ini, tiada makluat terperinci yang diperolehi mengenai tahap kesihatan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi yang masih dirawat di hospital tersebut. Walaubagaimanapun, Sheikh Al-Ouda telah meminta seluruh umat Islam di pelusuk dunia mendoakan agar Sheikh Yusuf Al-Qaradawi supaya cepat sembuh.

Untuk rekod, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana menghidapi beberapa penyakit. Pada tahun ini, beliau telah diberi kesempatan oleh ALLAH SWT untuk mengerjakan ibadah Haji bagi tahun 1433H.

Munsyeed{Dot}Com menyeru semua muslimin dan muslimat mendoakan agar Sheikh Yusuf Al-Qaradawi kembali sembuh dan dapat menjalani rutin harian beliau sebagai pendakwah seperti kebiasaannya. Ameen.

-Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago