Sami Yusuf telah tiba di Malaysia untuk pelancaran peringkat Asia Tenggara album studio beliau yang keempat, Salaam. Album ini telah dilesenkan secara eksklusif kepada Arteffects International (Arteffects Sdn. Bhd.) yang akan menjadi tuan rumah kepada Sami Yusuf dan peminat-peminat beliau untuk ‘Hi-Tea Eksklusif Album dan Sesi Bertemu Peminat’ pada tarikh pelancaran, 3 November 2012 di The Royale Bintang Damansara, 2 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Salaam, yang bermaksud keamanan dalam bahasa Arab, akan memberikan satu pengalaman yang unik dari sudut ketenangan dan kepuasan; yang bertunas dari hubungan di antara pendengar dan Pencipta mereka.
Mengandungi enam belas buah lagu, Sami menyampaikan secara bersilih ganti, dan menyatukan secara indah dua peranan iaitu penyair dan komposer.
Album ini turut menampilkan duet popular bersama Dato’ Siti Nurhaliza melalui lagu “You Came To Me”, yang membuai pendengar dengan gabungan yang indah vokal penuh perasaan dan seruling bambu.
Di dalam album ini juga terdapat lagu, “It’s a Game”, sebuah lagu yang dijelmakan sebagai muzik video animasi unik yang bertujuan untuk menyatukan semua agama untuk melawan kebencian, ketaksuban dan kejahilan.
Album ini turut memuatkan versi Inggeris untuk lagu klasik Azerbaijan, “Kuchalare Su Sapmisham”, yang menekankan kepentingan budaya dan tradisi dalam dunia moden budaya masakini.
Lagu-lagu yang pernah menjadi kesayangan ramai, “Without You” dan “Wherever You Are” telah direkodkan dalam bahasa dan susunan akustik yang baru. Selain itu, pencipta lagu dan penyanyi lagenda, Ustaz Babak Radmanesh turut membuat penampilan khas menerusi lagu berjudul “Dryer Land”.
Salaam menjadi album yang turut mengambil kira aspek amal peribadinya. Lagu yang sangat diraikan, “Forgotten Promises” menjadi teras perkhidmatan beliau untuk program Sami Yusuf – LiveFeedAfrica bagi Kempen Program Makanan Sedunia PBB (www.livefeedafrica.org) dan “Hear Your Call”, yang telah menarik perhatian media dari BBC dan CNN. “Happiness”, “Smile” dan “Salaam” adalah antara tajuk lagu terkandung di dalam album ini.
Mengulas mengenai album Salaam, Sami Yusuf menzahirkan rasa syukur apabila album ini dapat disiapkan setelah menjalani proses rakaman yang penuh teliti.
“Saya berterima kasih kepada Yang Esa di anugerah kepada saya, keistimewaan dan penghormatan menyampaikan segalanya dengan seadanya. Memang diakui, album ini adalah penerokaan berterusan genre Spiritique saya. Dalam kandungan, bunyi dan niat, ia adalah mungkin satu karya seni yang jauh lebih kaya dan pelbagai, dan saya tidak mempunyai keraguan bahawa, insya-Allah, ia akan diterima ramai. Intipati album ini adalah perasaan, harapan cerah dan keyakinan. Sememangnya, ia bagaikan waktu subuh, tidak meninggalkan malam atau mendahului waktu pagi, tetapi heningnya menyelimuti semua ufuk.” jelas Sami Yusuf.
Sami Yusuf juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada album ini, sehinggalah ke hari pelancarannya.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: Arteffects International, (E) newmedia@arteffects.com.my (T) 603-7727 1297 (F) 603-7725 1297 (M) 6012-225 1297.
showsearch=0
-Munsyeed{Dot}Com