Categories: Epal PedasKolum

Pengenalan: Epal Pedas In The House!

Assalamualaikum.

Epal Pedas in the house!

Salam sayang seribu kemaafan. Memperkenalkan diri, Epal Pedas (EP) nama diberi. Epal Pedas akan mengendalikan ruangan pojok di Munsyeed Dot Com.

Terima kasih EP ucapkan kepada Munsyeed Dot Com kerana sudi beri ruang istimewa kepada EP untuk menulis disini.

Ruangan ini diadakan bukanlah bertujuan mencari silap munsyid dan menyebarkannya. Juga bukan untuk melepaskan geram dan membuat fitnah. Yang positif saja.

Kita semua adalah manusia biasa. Begitulah juga munsyid. Jika dipuja saja nanti jadi lupa diri kerana sudah terlalu selesa. Bila ditegur barulah ada initiatif untuk memperbaiki diri. Pastinya kita tidak akan mampu melihat cela sendiri. Sebaliknya, teman yang rapat pastinya akan lebih nampak cela tersebut. Di akhirnya, kita semua mahukan yang terbaik untuk industri.

Walau bagaimanapun, suka EP tegaskan disini setiap artikel dari Kolum Epal Pedas ini adalah pandangan peribadi EP semata-mata dan ia tidak mewakili Munsyeed Dot Com tau. Munsyeed Dot Com ini pun, sikit hari bulan akan dilaser oleh EP. Awas!

Cukup setakat ini mukaddimah kita. Nantikan artikel ‘cubit-cubit sayang’ Epal Pedas pada sabtu ini.

Epal Pedas

Artis hotz yang tak suka melihat ketidakadilan. Suka berterus terang. Tak pandai berlapik. Hanya yang tulus dan terang lagi bersuluh.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago