Berita

Pengguna Spotify Mungkin Tidak Akan Dapat Mendengar Album Baru Saujana

Sekiranya anda seorang pengguna perkhidmatan percuma penstriman muzik Spotify, kemungkinan besar anda tidak akan dapat menikmati album baru kumpulan Saujana ketika ianya masih baru dilancarkan.

Hal ini berikutan rundingan yang sedang dilakukan antara Spotify dan beberapa syarikat rakaman (Universal, Sony dan Warner) bagi tujuan untuk mengurangkan bayaran royalti yang dikenakan oleh syarikat-syarikat terbabit ke atas Spotify.

Sebagai pertukaran, Spotify akan menangguhkan penerbitan album-album baru pada platform percuma mereka untuk satu tempoh masa tertentu, menjadikan pengenalan kandungan album baru hanya terhad kepada pengguna platform Spotify Premium.

Jika rundingan ini berjaya, bukan sahaja album baru Saujana bahkan album daripada artis nasyid ternama yang lain seperti Maher Zain dan Humood Alkhudher juga turut akan ditangguhkan penerbitannya bagi pengguna platform percuma Spotify. Sekiranya langkah yang dicadangkan ini berjaya mendapat persetujuan semua pihak, tidak mustahil penyedia platform penstriman muzik lain juga mungkin akan mengikut jejak langkah yang sama.

Terdahulu Spotify mengumumkan jumlah pengguna berbayar perkhidmatan mereka meningkat sehingga 50 juta pengguna, menjadikan platform tersebut menduduki tempat teratas mendahului penyedia perkhidmatan lain seperti Apple Music, Google Play Music, Deezer dan juga Groove Music daripada Microsoft.

sumber: Financial Times

Usamah Kamaruzaman

Berkerjaya sebagai tukang kebun terhebat dunia, beliau juga bertanggungjawab dengan bahan berita penasyid tempatan & antarabangsa di Munsyeed Dot Com.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago