Categories: BeritaTempatan

Pengorbanan Sahabat Nabi, Salman Al-Farisi Diabadikan Dalam Lagu

Meneruskan Projek 4 Sahabah Series, kali ini SampaiJadi Production menampilkan gandingan Mad Rose, Ilham Asri dan Amin menerusi lagu berjudul Salman Al-Farisi.

Lagu Salman Al-Farisi ini mengisahkan tentang perjalanan rohani seorang sahabat Nabi yang mulia bernama Salman Al-Farisi r.a. Lagu ini membawa pendengar dalam pengembaraan yang mendalam melalui pengorbanan dan pencarian kebenaran yang dilakukan oleh Salman Al-Farisi.

Menerusi lagu ini, pendengar akan dihidangkan dengan alunan vokal yang kaya dengan lenggok taranum. Melengkapi. Saling sahut menyahut antara Mad Rose, Ilham Asri dan Amin.

Mad Rose merupakan ahli kumpulan Aftermath. Beliau yang turut dikenali sebagai Mad Aftermath merupakan komposer bersama dengan Muaz Peter dalam mencipta lagu ini. Disamping itu, Mad juga merupakan penulis lirik dan penerbit bagi Lagu Salman Al-Farisi.

Ilham Asri pula merupakan vokalis kumpulan Aeydan yang ingin menyambung legasi perjuangan dakwah ayahnya; Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim Rabbani.

Manakala Amin merupakan penyanyi nasyid muda yang berbakat, menyumbangkan suaranya yang merdu, menambahkan lagi dinamik kepada lagu Salman Al-Farisi.

Pengambaran video muzik Salman Al-Farisi telah dibuat berlatarkan Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Lagu dibawah label SampaiJadi Production ini merupakan lagu kedua dibawah projek 4 Sahabah Series. Lagu pertama dibawah projek ini, telahpun dilancarkan berjudul Hamzah. (Baca: Hamzah Serlah Kesungguhan Albert D dan Rauf D Menghasilkan Karya Baharu Untuk Peminat)

Lagu Salman Al-Farisi telah berada di pasaran dan boleh distrim di platform penstriman muzik digital yang sah. Video muzik Salman Al-Farisi boleh ditonton di saluran Youtube SampaiJadi.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago