7 Artis Nasyid Bergabung Menyampaikan Lagu Maaf Raya Kosong-Kosong
Maaf Raya Kosong-Kosong - Various Artiste
Lagu Maaf Raya Kosong-kosong ini dilhamkan oleh saudara Qhaleed Saff One. Lagu ini merupakan sebuah lagu berkonsepkan muzik moden pop dan diterapkan elemen-elemen kemelayuan dengan memasukkan instrumen rebana, gamelan dan juga angklong sentuhan pemuzik muda Syahir Miswan. Lagu dan lirik ciptaan sepenuhnya oleh Qhaleed Saff One.
Projek lagu ini dicetuskan oleh gabungan asal trio yang pernah bekerjasama sebelum ini iaitu Qhaleed Saff One, Zaidie Wildan dan Shidee Khayran. Menerusi lagu ini, mereka melebarkan kolaborasi dengan kumpulan dan solo-solo nasyid yang lain bagi menghangatkan lagi industri nasyid dengan karya-karya terkini.
Hal ini suatu usaha yang harus dicontohi kerana menggabungkan penasyid lama dan baru. Lagu raya ini menampilkan 7 artis nasyid iaitu Kumpulan Saff One, Izmeer Fareez, Shidee Khayran, Ustaz Zoul, Zaidie Wildan, Dzikri Jheewa dan Kumpulan Intisor.
Lagu Maaf Raya Kosong-kosong ini mengajak masyarakat agar saling bermaafan, merendahkan diri untuk meminta maaf dan mendidik hati untuk memberi kemaafan.
Selain itu, lirik sarat dengan pesanan-pesanan berkisar sambutan raya seperti berhati-hati di jalan raya, mendekatkan hubungan silaturahim dengan sanak saudara, berziarah, menghulurkan duit raya bukan sahaja kepada kanak- kanak tetapi juga kepada orang tua.
Di samping itu juga lagu ini turut memaparkan rasa gembira dan teruja ingin bertemu sanak saudara, rakan dan taulan selain keluarga yang tercinta bagi menambahkan kemeriahan menyambut lebaran. Lagu ini juga menerapkan nilai-nilai murni yang harus dipelihara dan adab ketika kita berkunjung dan etika berhari raya.
Maaf Raya Kosong-kosong akan dilancarkan pada hari ini, Jumaat, 29 Mac 2024 pada jam 3.30 petang di semua platform penstriman muzik digital yang sah seperti Spotify, Deezer, i tunes, Apple Music, Pandora dan lain- lain. Muzik video juga akan dilancarkan pada di YouTube Saff One Official Channel.
Husaini Hussein
Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.