Categories: BeritaTempatanTerkini

Inteam, Ustaz Khairul Anuar, Zakiy Hanafi dan Mateen Rakam Semula Lagu Raya Malar Segar

Inteam Digital terbit sebuah album raya digital yang berjudul Cahaya Lebaran. Album ini menampilkan artis di bawah label Inteam Digital seperti Inteam, Ustaz Khairul Anuar Basri al-Hafiz, Mateen dan Qari Zakiy Hanafi.

Terdapat 5 buah lagu malar segar yang dinyanyikan semula menerusi album Cahaya Lebaran ini. Antaranya adalah Suasana Hari Raya (pernah dipopularkan oleh Datuk Sharifah Aini), Kepulangan Yang Dinanti (Aman Shah), Aidilfitri (Sanisah Huri), Cahaya Di Aidilfitri (Black Dog Bone) dan Keheningan di Aidilfitri (Nada Murni).

Kesemua lagu-lagu ini disampaikan semula dengan susunan muzik yang baharu tanpa memberi perubahan yang ketara kepada lagu asal. Dengan cara ini, pendengar dapat menikmati lagu-lagu malar segar ini dan boleh turut menyanyi bersama dengan artis Inteam Digital.

Seni lenggok nasyid dan taranum dari artis Inteam Digital dalam menyampaikan lagu-lagu tersebut memberikan sentuhan baharu kepada lagu-lagu malar segar ini. Terutama gandingan Qari Zakiy Hanafi dan Hisyam Inteam ketika menyampaikan lagu Cahaya Di Aidilfitri. Penghayatan dan lenggok nasyidnya begitu tebal dan mengujakan.

Lagu Suasana Hari Raya juga tidak kurang hebatnya. Gabungan suara Inteam, Ustaz Khairul Anuar Basri, Mateen dan Zakiy Hanafi secukup rasa. Tidak kurang, tidak juga berlebihan. Yang menarik tumpuan kami pastinya Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz. Tidak sangka, Ustaz Khairul boleh menyanyikan lagu ini dengan sangat baik sekali.

Mateen pula semakin selesa menonjolkan kekuatan vokalnya. Sejak kemunculan lagu Asma Abu Bakar, paten dan keunikan suara Mateen semakin menyerlah. Menerusi album Cahaya Lebaran ini, gaya dan lenggok suara Mateen jelas berbeza dan dapat dikenalpasti. Inilah keunikan yang berjaya ditonjolkan. Sekali dengar, pendengar sudah tahu, “Oh, ini Mateen!”

Inteam seperti biasa, memberikan kesempurnaan dalam penyampaian lagu menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti. Penghayatan, rasa, ekspresi muka, semuanya secukup rasa. Senikata lagu yang disampaikan, kedengaran jelas perkataan demi perkataan.

Video muzik untuk kesemua lagu dalam album Cahaya Lebaran telah pun dilancarkan dan disiarkan di saluran Youtube Inteam Digital bermula jam 11.00 pagi. Manakala album ini telah berada di semua platform penstriman muzik digital yang sah.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago