Categories: BeritaTempatanTerkini

Pernah Tular Mentaranumkan Lagu Cina, Andika dan One Path Kini Tampil Melalui Lagu Malam

Kumpulan anak muda yang membawa lagu tauhid dan ketuhanan; Andika dan One Path sudah tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia. Lagu-lagu mereka seperti zikir, doa, dan kisah-kisah di dalam Islam semakin mendapat tempat di hati pendengar.

Kedua-dua kumpulan ini pernah membuat kolaborasi bersama artis tanah air yang lain. Kali ini Andika dan One Path akan bergabung buat pertama kali dalam sebuah projek lagu berkonsepkan ketuhanan yang diberi judul “Malam”.

Dengan alunan vokal unik dan tersendiri oleh Andika dan One Path, single Malam sarat dengan mesej dan doa yang dapat menyentuh hati para pendengar.

Bersesuaian dan seiring dengan bulan Ramadan al-Mubarak, single Malam sesuai dan relevan untuk didengarkan sepanjang hari kerana liriknya yang penuh manfaat.

Besar hasrat Andika dan One Parth agar lagu Malam akan terus didengarkan sepanjang masa sebagai pencetus inspirasi dan keinsafan buat semua para pendengar.

Andika dan One Path sebelum ini pernah tular di aplikasi TikTok apabila mentaranumkan sebuah lagu berbahasa Cina bertajuk Wo Men Bu Yi Yang nyanyian Da Zhuang.

Lagu single Malam, telah dilancarkan di seluruh platform penstriman muzik digital yang sah dan video muzik lagu Malam boleh ditonton di YouTube MVM Music.

Segala perkembangan terkini lagu Malam boleh didapati di laman media sosial TikTok @rusamvmislamic @andika.officialmusic @onepath.official dan Instagram @rusamvm_islamic @andika.officialmusic @onepath.official

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago