TV AlHijrah membuka tirai tahun baharu 2024 dengan dengan nafas baharu pengisian program-program terbaik sepanjang tahun. Pelbagai program-progam menarik dan bermanfaat telah diatur untuk penonton setia stesen ini.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, TV AlHijrah melabuhkan tirai tahun 2023 dengan pelbagai kejayaan dan rekod terbaik yang berjaya dicapai.
“2023 menyaksikan TV AlHijrah kekal menjadi saluran Islamik nombor satu di Malaysia dengan peningkatan sebanyak 45% berbanding pada tahun sebelumnya.
“TV AlHijrah berada di kedudukan top 5 daripada semua saluran semasa kempen #PalestinKembali diadakan lantas menjadikan prestasi TV AlHijrah pada masa ini adalah paling tinggi sejak penubuhan TV AlHijrah 13 tahun yang lalu. Selain itu, stesen ini melalui data AC Nielsen menjadi pilihan utama penonton sepanjang Ramadan, Syawal, Haji, Awal Muharam dan Maulidur Rasul tahun lalu.
“Sebagai rekod, program-program menarik lain yang telah mencatatkan capaian penonton tertinggi 2023 ialah rancangan Assalamualaikum yang berjaya mencapai 12.5 juta screenview sepanjang tahun. Berita AlHijrah berjaya mencapai sebanyak 7.3 juta screenview. Quran@114 juga cemerlang dengan pencapaian screenview7.3 juta setahun dan Pentas Marhaban dengan 3.2 juta screenview.
Menurut Namanzee, tahun 2024 TV AlHijrah bermula kompetitif apabila stesen ini berada di tangga lima teratas saluran TV di Malaysia pada awal Januari 2024.
Namanzee turut menambah, bagi tahun 2024, stesen TV AlHijrah masih lagi mengekalkan konsep hiburan berilmu dengan meneroka format baharu rancangan Islamik tanpa menepikan pemerhatian khusus kepada tiga kunci utama penyiaran iaitu patuh syariah, kreatif dan popular.
Oleh yang demikian, bermula 20 Januari akan datang program Akademi Qurra’ 2024 bakal ditayangkan, setiap Sabtu, jam 9 malam.
“Program ini kembali di musim baru setelah kejayaan mendapat 4.4 juta tontonan screenview secara keseluruhan di musim pertama siarannya.
“Ujibakat hibrid yang berlangsung hampir sebulan Disember lalu, menyaksikan 12 orang qari qariah berbakat, lingkungan usia 18 hingga 35 tahun dipilih sebagai role model yang berpotensimentarbiah serta melahirkan masyarakat penonton yang cintakan al-Quran dan seni persembahannya.
“Dua mudarrisah baru diperkenalkan iaitu Mudarrisah Suhailah Zulkifly serta Mudarrisah Nadia Hashim. Manakala, Mudarris Amar Mukhlis masih dikekalkan,” ujarnya.
TV AlHijrah turut membariskan rancangan terbaik lain tahun ini. Antaranya ialah Riwayat Akhir Zaman, Quran@114 dan Carta 114. Kesemua program ini membaja ilmu, iman serta ketakwaan kepada Sang Pencipta.
Tidak dilupakan, bagi penggemar rancangan 30 Minit Bersama, tahun ini TV AlHijrah bawakan pendakwah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Dato’ Hj Shamsuri Ahmad untuk memandu perbahasan Kitab Bahrul Mazi, yang merupakan huraian Syeikh Idris al-Marbawi terhadap hadis Rasulullah SAW yang dipilih daripada kitab Sunan al-Tirmidzi. Program ini akan bersiaran setiap hari Selasa jam 8:30 malam.
Namanzee turut berkongsi, selain boleh dinikmati di platform televisyen dan aplikasi AlHIjrah Plus, rancangan terbaik stesen ini turut boleh dinikmati pengguna Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).
“Alhamdulilah, kini rancangan-rancangan terbaik TV AlHijrah turut boleh dinikmati para penumpang yang menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) untuk perjalanan utara ke selatan tanah air dan sebaliknya.
“Bukan itu sahaja, untuk pastikan penumpang perkhidmatan ETS menikmati pengalaman dunia penyiaran di dalam perjalanan mereka, ETS Istimewa ini kita datangkan dengan look & feel program-program kita dari segi hiasan dalaman mahupun luaran.
“Saya cadangkan, ambil masa, berkelanalah bersama yang tersayang menaiki ETS TV AlHijrah. Semakin banyak tempat dijejak, semakin banyak yang dipelajari serta semakin banyak pengalaman dilalui,” katanya.
Sebagai tambahan, aplikasi AlHijrah Plus yang memiliki lebih 8 ribu kandungan tersedia dan secara langsung juga telah dimuat turun oleh 100 ribu pemuat turun dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Kesemua negara ini juga merupakan antara negara yang tertinggi menonton AlHijrah Plus Live TV.
Kumpulan One Path tampil dengan sebuah single terbaru berjudul Selawat Tafrijiyah.
Dengan alunan melodi yang merdu dan lirik yang penuh makna, alunan selawat ini dihasilkan bagi memberikan ketenangan serta mengajak pendengar menghayati keindahan zikir sepanjang bulan mulia ini.
Single istimewa ini kini tersedia di semua platform digital untuk dinikmati oleh peminat.
Setiap bait selawat disampaikan dengan penuh penghayatan, disertai alunan suara yang menyentuh hati, menjadikan karya ini begitu bermakna untuk didengar dan dihayati.
Dihasilkan dengan sentuhan terbaik, Selawat Tafrijiyah menampilkan nyanyian serta susunan lagu oleh Haseef One Path, manakala terjemahan lirik dilakukan bersama oleh Haseef dan Shafiq One Path.
Proses rakaman pula dijalankan di Tarbiah Sentap Records, memastikan kualiti audio yang terbaik buat pendengar.
Dalam aspek visual, karya ini turut diperkemaskan dengan sentuhan produksi yang mantap.
Video Selawat Tafrijiyah diterbitkan oleh Adnin Roslan dengan arahan daripada pasukan Karya Tujuh, memberikan dimensi tambahan kepada pengalaman mendengar selawat ini.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Selawat Tafrijiyah, sebuah karya yang mampu membangkitkan ketenangan serta kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Strim sekarang di semua platform digital dan hayati keindahannya sepanjang Ramadan ini!
The incredible collaboration between Maher Zain and Harris J has taken the global stage by storm with their latest single, “Qalbi Fil Madinah” (My Heart is in Madinah)—a song that beautifully captures the love and serenity of the blessed city.
Released in two versions—a full song with music and a vocals-only version—this heartfelt track has resonated with millions worldwide in just 10 days!
Phenomenal Achievements of “Qalbi Fil Madinah”:
Over 1 billion views on TikTok
More than 1.5 million videos created using the song on TikTok
15 million+ views on YouTube, ranking #3 globally
Trending in 33 countries, including, for the first time ever for an Islamic song, in the UK, France, Belgium, Spain, the Netherlands, Germany, Sweden, Denmark, Canada & Australia!
Over 2.5 million streams across digital platforms
The song “Qalbi Fil Madinah” features lyrics written by Bara Kherigi, with a melody composed by Maher Zain and Harris J. The music arrangement was done entirely by Maher Zain, while the vocal arrangement was handled by Namz Kay. The mixing and mastering process was carried out by Ronny Lahti and Namz Kay, ensuring top-quality audio for listeners to enjoy.
Expressing their gratitude, Maher Zain and Harris J shared, “We are both humbled and grateful for the overwhelming response. May this song continue to inspire, uplift, and connect hearts to the spirit of Madinah and the message of Prophet Muhammad P.B.U.H.”
Join the #QalbiFilMadinah movement—keep streaming, sharing, and spreading the love!
Penyanyi dan ahli akademik, Ts. Dr. Fitri Haris, yang juga anggota kumpulan nasyid UNIC, telah menerima pengiktirafan berprestij daripada British Academy sebagai UK Global Talent – Exceptional Promise (Ahli Akademik) dalam bidang Kemanusiaan dan Seni, khususnya dalam Etnomusikologi.
Penghormatan ini mengiktiraf sumbangan Fitri dalam muzik Islam popular dan hiburan patuh syariah, sekaligus membuka peluang baharu untuk penyelidikan serta kerjasama budaya dan akademik di peringkat antarabangsa.
Dengan pengiktirafan ini, Fitri berpeluang bekerjasama dengan universiti terkemuka di UK, mendapatkan dana penyelidikan serta menyertai projek-projek inovatif dalam bidangnya.
“Pengiktirafan ini bukan sahaja mengukuhkan kehadiran saya di peringkat antarabangsa tetapi juga memberi peluang untuk menyertai persidangan global, memperluas rangkaian profesional, dan mengembangkan kerjaya akademik saya,” ujar Fitri.
Selain kejayaan peribadinya, Fitri juga bertekad untuk menghubungkan Malaysia, Asia Tenggara, dan UK melalui etnomusikologi.
Beliau berharap dapat memperkenalkan warisan muzik Asia Tenggara dan mempromosikan hiburan patuh syariah di platform global, sekali gus meningkatkan pemahaman silang budaya dan kolaborasi antarabangsa.
Dengan UK Global Talent Visa yang diberikan untuk tempoh 2025 hingga 2030, Fitri bersedia untuk menyelami dunia akademik di UK, meneroka perspektif baharu, serta menyumbang kepada perkembangan seni dan muzik Islam.
Pengiktirafan ini bukan sahaja membanggakan Fitri dan UNIC, malah menjadi pencapaian bermakna buat industri muzik Islam serta etnomusikologi Malaysia di persada antarabangsa.