Connect with us

Pengumuman

Rabbani Di Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2010

Diterbitkan

pada

Kumpulan Nasyid paling popular Malaysia, Rabbani akan mengadakan persembahan istimewa di Stadium Kajang, Selangor pada 5.Disember.2010 ini jam 9malam. Persembahan istimewa Rabbani ini adalah bersempena Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2010 anjuran Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Selangor Tourism dan Pengusaha-Pengusaha Sate Kajang.

Karnival 1001 Rasa Sate Kajang pada tahun ini akan diadakan selama 2 hari dari 4 dan 5 Disember 2010, bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.

Pelbagai program telah diatur didalam karnival ini seperti persembahan Cak Lempong, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak taska, tadika danKEMAS, pertandingan makan sate terbanyak, pertandingan mencucuk sate, pertandingan menganyam ketupat terpantas, pertandingan futsal dan bola jaring serta persembahan daripada artis-artis jemputan tanah air.

Antara artis lain yang bakal membuat persembahan sepanjang Karnival 1001 Rasa Sate Kajang kali ini adalah Toi AF, Maulana AF, Chaq Mentor, Siti Nurdiana, Salima AF, Fadzli Zainal dan lain-lain.

Berikut adalah senarai aktiviti sepanjang karnival ini berlangsung:

  • Perasmian Karnival 1001 Rasa Sate Kajang
  • Pertandingan Idola Kecil
  • Pertandingan Kajang Idol
  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Futsal Padang
  • Pertandingan Bola Jaring
  • Pertandingan Permainan Rakyat
  • Pertandingan Kompang Berirama
  • Pertunjukan Seniman Jalanan
  • Pertandingan Rekacipta Bahan Terbuang
  • Pertandingan Memasak
  • Pertandingan Mengukir Buah-buahan
  • Pertandingan Autoshow
  • Pembakaran Pelbagai Jenis Sate (Malaysia Book Of Records)
  • Pertandingan Raja Sate (makan sate terbanyak)
  • Pertandingan Menganyam Ketupat
  • Pertandingan Mencucuk Sate
  • Persembahan Tarian dan Muzik
  • Persembahan Artis Terkenal Tanah Air
  • Gerai Jualan dan Pameran
  • Gerai Promosi Penaja
  • Slot Khas Penaja

Semua dijemput hadir. Masuk adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Khairul – 017-627 8796
Sufi – 017-252 6659
Remi – 013-300 1320

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

Konsert Mestica – “Nak dengar Mestica tarik lagu Salahuddin Al-Ayyubi secara live…”

Diterbitkan

pada

Bila sebut nama Mestica, terus bermain lagu ikonik penuh bertenaga mereka- Salahuddin Al-Ayubi di benak pemikiran saya. Sehebat figura yang dinyanyikan, lagu Salahuddin Al-Ayubi ini menonjolkan sisi lain Mestica yang membuatkan mereka diingati!

Walaupun lahir sebagai anak didik Hijjaz pada ketika itu, Mestica unik dan tersendiri. Bukan acuan Inteam, saduran UNIC mahupun bayangan Hijjaz!

Kini, mereka bakal muncul dalam sebuah konsert solo yang diberi nama Konsert Mestica – Di Sini Bermula. Konsert ini dijadualkan akan berlangsung pada Sabtu, 18 Oktober 2025, jam 8 malam.

Tiket akan mula dijual pada hari ini, Jumaat, 8 Ogos 2025 bermula jam 11 pagi. Tiket boleh dibeli menerusi laman rasmi mestica.ubertickets.asia.

Pastinya ramai yang ternanti-nanti persembahan vokal yang penuh bertenaga dari Khairul, Khalil dan Razin dalam konsert solo ini.

Mungkin ada di kalangan peminat Mestica akan bertanya, Bagaimana pula dengan Saiful? Adakah beliau akan membuat kemunculan istimewa di konsert itu nanti? Adakah terdapat sebarang kejutan daripada pihak Mestica? Itu semua antara soalan-soalan yang akan dijawab oleh Mestica nanti.

Lagu-lagu seperti Layar Keinsafan, Yang Abadi, Inayah, Demi Cinta Zainab, Puteriku Sayang dan Badar 313 akan menjadi antara lagu wajib yang perlu disampaikan oleh Mestica dalam konsert ini. Apa pun, kita nantikan set list yang akan diumumkan oleh Mestica nanti.

Continue Reading

Berita

Konsert Intifada Rabbani – Pengalaman Spiritual Yang Dinantikan!

Diterbitkan

pada

Kumpulan nasyid popular tanah air, Rabbani, bakal menggegarkan pentas dengan penganjuran Konsert Intifada yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 20 September 2025, bertempat di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Mengangkat tema perjuangan dan ketenangan jiwa, konsert ini menjanjikan lebih daripada sekadar persembahan muzik dimana ia adalah medan pertemuan hati yang mencari ketenangan melalui zikrullah dan lagu nasyid yang mengajak pendengar untuk mengingati Tuhan.

Konsert ini turut menampilkan gandingan mantap bersama nama-nama besar industri seperti Brothers, Yabang dan Aeydan, menjadikan ia sebuah acara yang bukan sahaja meriah dari segi hiburan, tetapi juga kaya dengan mesej rohani dan perpaduan ummah.

Para peminat boleh mendapatkan tiket melalui dua platform rasmi, iaitu fantopia.io dan ticket2u.com, bermula 31 Julai 2025 jam 10 pagi.

Butiran Konsert:
• Nama: Konsert Intifada Rabbani
• Tarikh: Sabtu, 20 September 2025
• Masa: 8.30 malam
• Lokasi: Idea Live Arena, Petaling Jaya
• Tiket mula dijual: 31 Julai 2025 | 10.00 pagi

Dibawakan oleh Universe Gateway dengan kerjasama media rasmi seperti Zayan, ERA, SINAR, THR Gegar, Gempak dan rakan-rakan strategik lain, konsert ini dijangka memberi pengalaman spiritual yang menarik buat para penonton.

Continue Reading

Berita

Demi Peminat, Inteam Pindah Konsert Kasih Kekasih Ke Tempat Lebih Besar!

Diterbitkan

pada

Inteam

Sambutan luar biasa daripada peminat telah mendorong kumpulan nasyid tersohor tanah air, Inteam, untuk memindahkan Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun ke lokasi baharu yang lebih besar iaitu IdeaLive, Petaling Jaya.

Dalam masa yang sama, tarikh konsert turut dianjakkan dari 27 ke 28 September 2025.

Dalam sidang media yang berlangsung hari ini, Inteam meluahkan rasa syukur dan terharu apabila tiket bagi lokasi asal habis dijual dalam tempoh hanya dua jam selepas pelancarannya.

“Kami tidak menyangka sambutan yang begitu hebat daripada peminat. Ramai mencadangkan agar kami adakan malam kedua atau cari lokasi lebih besar. Jadi, kami pilih IdeaLive, yang mampu memuatkan sehingga 5,000 penonton,” kata jurucakap Inteam.

Pihak penganjur memberi jaminan bahawa pembeli tiket terdahulu tidak perlu bimbang, mereka akan menerima tempat duduk istimewa dan keutamaan di zon masing-masing.

Urusetia akan menghubungi pembeli bagi tujuan pengesahan tempat duduk dan makluman rasmi pertukaran tarikh.

Sebagai tanda penghargaan, hadiah istimewa daripada Aplikasi Khair juga akan diberikan kepada pembeli terawal.

Jualan tiket baharu akan dibuka pada 14 Jun 2025 (Sabtu) melalui platform Ticket Empire menerusi laman web rasmi konsert: www.kasihkekasih.com.

Konsert sempena ulang tahun ke-25 Inteam ini akan menampilkan lebih 25 lagu hits dan medley nostalgia, termasuk penampilan khas anak kepada Allahyarham Suhaimi Saad, serta beberapa artis jemputan yang masih dirahsiakan.

Inteam turut merakamkan penghargaan kepada MINAZ Sdn Bhd selaku penaja utama, dan stesen radio Zayan, Era, Sinar dan Gegar yang bertindak sebagai rakan media rasmi.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Aplikasi Khair, yang mana Inteam merupakan duta rasmi dan pernah ditaja ke Perth dan New Zealand untuk persembahan serta rakaman program Kembara Selawat.

Menariknya, peluang penajaan dan kolaborasi masih dibuka kepada mana-mana pihak yang ingin turut serta menjayakan konsert ini mahupun Jelajah Konsert Kasih Kekasih Malaysia yang dirancang selepas ini.

Kepada peminat yang terlepas membeli tiket sebelum ini, Inteam berpesan:

“Jangan risau, insyaAllah kita akan bertemu dalam konsert jelajah pula nanti.”

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2025 Munsyeed Edutainment