Categories: BeritaTempatan

Rahim Inteam Dimasukkan Ke Hospital

Rahim Inteam

Semalam Munsyeed bertemu dengan Syah Inteam selepas Solat Maghrib. Syah bercerita yang salah seorang vokalis Inteam, Abdul Raim Hj Osman atau lebih mesra disapa Rahim Inteam telah dimasukkan ke hospital.

Menurut Syah, Rahim telah dimasukkan ke hospital selepas seminggu mengalami masalah bengkak di tonsil.

Selepas menjalani pemeriksaan doktor di sebuah pusat perubatan swasta terkenal Kuala Lumpur, Rahim disahkan mengalami Peritonsillar Abscess yang berkait rapat dengan masalah tekak yang membengkak. Rahim kini ditempatkan di sebuah wad di pusat perubatan tersebut bagi menjalani rawatan susulan dan sebarang perkembangan terkini kami akan laporkan di sini.

Kepada Rahim Inteam, banyakkan bersabar dan berdoa. Tika ini, ALLAH SWT sedang menguji keimanan dan kesabaranmu. Berbahagialah kerana telah terpilih untuk menjalani proses pembersihan diri dan peningkatan iman. Semoga ALLAH SWT bersamamu sahabat!

– Munsyeed{Dot}Com

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago