Categories: BeritaTempatanTerkini

PRU13: Hafiz & UNIC Lari Ke Luar Negara

Hafiz Hamidun dan UNIC

Sah! Dua nama besar industri hiburan Malaysia tidak akan mengundi pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung pada Ahad ini. Mengikut maklumat yang kami terima, kumpulan nasyid popular UNIC telah berlepas ke Turki sejak awal minggu ini manakala Hafiz Hamidun pula bertolak ke London, UK awal pagi tadi.

Gambar Hafiz Hamidun dan bekas pemain Liverpool, Dietmar Haman di lapangan terbang. Sumber gambar: Instagram @HafizHamidun

Pun begitu, mereka tidaklah berniat untuk sengaja melarikan diri dari melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi. Menerusi laman sosial Twitter, Hafiz Hamidun menjelaskan yang beliau pergi ke UK atas urusan kerja dan ia telah dirancang sejak awal lagi sebelum tarikh PRU13 diumumkan.

UNIC mengenakan pakaian tradisional Turki. Sumber gambar: Instagram @FakhrulUNIC

Begitu juga dengan kumpulan UNIC yang terlibat dengan komitmen kerja di Turki untuk rakaman program TV Dikir Zikir bersama Ustaz Ghazali Ibrahim. Menurut UNIC, mereka akan menjalani sesi pengambaran untuk program Dikir Zikir di Istanbul, Turki dan akan mengerjakan ibadah Umrah di kota suci Mekkah Al-Mukarramah.

Walaupun tidak berpeluang untuk mengundi dalam pilihanraya kali ini, UNIC dan Hafiz Hamidun sempat memberi kata-kata semangat kepada para peminat supaya menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada hari pengundian kelak. Mereka juga berharap semoga proses pengundian pada kali ini berjalan lancar dan kemenangan berpihak kepada calon yang selayaknya.

Terima kasih Hafiz dan UNIC! Selamat bermusafir!

– Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago