Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) semakin rancak dibicarakan. Dengan tempoh berkempen hanya tinggal kurang seminggu, ahli politik dan rakyat semakin giat menjalankan kempen sama ada di kawasan mereka mahupun di medium sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Golongan artis juga dilihat semakin lantang menyuarakan pendapat dan kecenderungan mereka.
Terbaru, Norman KRU tampil dengan kenyataan berbaur politik kepartian apabila menegaskan industri muzik dan perfileman negara akan hancur sekiranya PAS memerintah Malaysia. Tidak cukup sekadar itu, Norman menambah dengan mendakwa konsert dan wayang diharamkan di Kelantan dan negeri termasuk mencatatkan kes HIV tertinggi di Malaysia.
Kenyataan Norman ini nyata mengundang respon tertinggi daripada banyak pihak termasuk rakan artis. Antara yang tampil bersuara ialah Faizal Tahir, Ahmad Idham dan Hafiz Hamidun.
Menerusi laman Twitternya, Hafiz Hamidun menegur Norman KRU dengan berkata industri muzik dan perfileman Malaysia tidak akan terjejas sama sekali (sekiranya berlaku peralihan kuasa). Apa yang perlu diberi fokus ialah meneruskan penghasilan karya yang bermutu tinggi.
Hafiz turut menjelaskan kes HIV yang berlaku terhadap masyarakat tidak ada kena mengena dengan kerajaan pimpinan mana-mana parti politik di Malaysia.
Untuk lebih jelas, mari kita lihat status/tweet daripada kedua-dua belah pihak.
Tweet Norman KRU dan respon pantas Faizal Tahir. Sumber gambar: Oh Artis Dot Com.
Kenyataan Norman KRU berkenaan penularan wabak HIV yang di ‘print screen’ oleh Hafiz dan diletakkan di Facebooknya.
Respon Hafiz Hamidun terhadap Tweet Norman KRU
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan memberi kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam perlembagaan, kenyataan kedua-dua belah pihak harus dihormati. Mereka bebas melahirkan pendapat dan menzahirkan sokongan kepada mana-mana parti politik yang bertanding dalam PRU13.
Cuma bagi kami di Munsyeed, setiap kenyataan yang dikeluarkan biarlah bersumberkan fakta yang tepat dan setiap individu yang mengeluarkan pendapat perlu bertanggungjawab atas setiap kenyataan yang dikeluarkan.
Mengikut Laporan Anti Dadah Kebangsaan bagi tahun 2012, Kelantan mencatatkan jumlah penagihan dadah yang rendah berbanding beberapa negeri lain di Malaysia. Klik disini untuk laporan penuh: Laporan ADK 2012.
Munsyeed{Dot}Com mengucapkan selamat berkempen kepada semua calon yang bertanding termasuk jentera pilihanraya parti politik masing-masing.
Hargai persamaan, santuni perbezaan dengan akhlak yang baik.
– Munsyeed{Dot}Com
Gambar Twitter: anchormedia.com