Categories: AlbumTerkiniUlasan

Review: Hijjaz – Janji

Apa pula yang bakal mereka hasilkan kali ini? Mampukah mereka mengeluarkan sesuatu yang ‘fresh’ atau masih mengulang formula klise yang menjadi trademark mereka? Itu persoalan pertama saya sebaik menerima album terbaru mereka, Janji.

Tak boleh komen pasal inlay album ini, kerana dapat CD Promonya hanya berbentuk sampul CD. Maka terpaksalah saya rujuk pada Facebook salah seorang ahlinya, Faizal Osman A.K.A Abai Os, untuk mengetahui siapa ‘tangan ghaib’ dibelakang album ini. Hmm, nama yang sudah biasa bersama mereka, antaranya Greg Henderson, Along dan Ujang Exist, Firdaus dan bakat baru yang sedang mencipta nama, Wan Salleh. Manakala dari sudut penulis lirik, Atie dan juga nama besar dalam industri Muzik Malaysia, Habsah Hassan juga terlibat.

Berbeza dengan album sebelum ini, Permata Hijjaz yang menampilkan elemen orchestra, khabarnya album ke 16 mereka kali ini menjanjikan kelainan. Apa yang lainnya? Jom, kita tengok review yang kami sediakan… JALAN!

Track 1 – Kau Pemilik Cinta. Pertama kali dengar Hijjaz membuka album mereka dengan track ballad romantic seperti ini, tidak seperti selalunya, membuka album dengan track yang meriah dan ‘hype’. Mendengar lagu ini sahaja, sudah dapat tangkap trademark melodi ‘berhantu’ karya Munif Ahmad digandingkan dengan lirik daripada Atie. Jujur, saya sangat suka gila lagu ni! Romantik, melodi yang kuat..

Track 2: Janji Khalifah – Pertama kali semua anggota Hijjaz menyumbang suara dalam lagu yang agak laju jugak, dengan muzik pop rock yang deras. Ya, memang lagu ini cukup radio friendly untuk menyayingi lagu pop rock lain diluar sana. Secara peribadi, saya lebih suka jika Isman Isam bawak lagu ini seluruhnya, sebab vokalnya cukup solid untuk lagu sebegini. Lagu terbaik album ini!

Track 3: Laukana Bainana –  Dalam banyak-banyak cover lagu arab ini, versi Hijjaz kedengaran lebih berat dan kompleks. Cuba memasukkan elemen neo-klassikal, orchestra dan mungkin ada gospel, kedengaran lagu ini lebih tight. Memang lain daripada lain interprestasi mereka.

Track 4: Hanyalah Iman – Pop rock sekali lagi menjadi tunjang mereka. Namun, masih kedengaran  lagi trademark melodi Hijjaz yang sudah dikenali ramai, membuatkan ia kedengaran segar. Nampak juga hasil improvisasi mereka dalam album kali ini…fresh!

Track 5: Pemimpin 3 Darjat – Lagu remake daripada versi NadaMurni. Susunan muziknya kedengaran agak dark dan ada sedikit elemen gothic rock. Cukup tight. Mungkin kalau ada sedikit susunan  koir, akan menjadikan lagu ini lebih hidup. Err, ada ke gothic nasyid?

Track 6: Penghulu Syurga: Kembali ke irama pop rock, yang nyata menjadi haluan terbaru mereka. Kedangaran juga mereka berkongsi part vocal. Gitar work lagu ini pun simple.

Track 7: Harapan Ummah – Lagu yang sedikit fast, disulami dengat distortion gitar yang berat. Ada bunyi kompang dan percussion yang bijak menyelit disekitar bridge.

Track 8: Akulah Pencinta – Sedikit laid back, dengan strum akustik gitar. Pop ringkas.

Track 9: Pemula Langkah – Lagu yang menjadi soundtrack filem animasi Saladin. Ada elemen string dan orchestra ala cinematic membuatkan lagu ini kedengaran epic dan sesuai dengan filem bergenre sejarah sebegini. Best!

Ya, trademark mereka masih kedengaran. Namun, tindakkan mereka untuk menjadikan elemen pop-rock dalam album ini sedikit sebanyak memberikan sesuatu yang fresh. Lebih banyak guitar work, namun agak kurang perkusi, tidak seperti dulu. Mungkin boleh dikatakan, album ini kebanyakkan lagunya lebih radio friendly, terutama lagu Janji yang berjaya ‘dibelasah’ mereka dengan jayanya. ‘Just do it’, mungkin itu falsafah mereka dalam album ni.

Rilisan mereka tidak mengecewakan, bahkan saya lebih suka album ‘straight forward’ seperti ini tanpa banyak eksperimen ‘karut’ dan ‘meleret’ Ternyata, mereka telah berjaya menunaikan JANJI mereka.

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago