Apa pula yang bakal mereka hasilkan kali ini? Mampukah mereka mengeluarkan sesuatu yang ‘fresh’ atau masih mengulang formula klise yang menjadi trademark mereka? Itu persoalan pertama saya sebaik menerima album terbaru mereka, Janji.
Tak boleh komen pasal inlay album ini, kerana dapat CD Promonya hanya berbentuk sampul CD. Maka terpaksalah saya rujuk pada Facebook salah seorang ahlinya, Faizal Osman A.K.A Abai Os, untuk mengetahui siapa ‘tangan ghaib’ dibelakang album ini. Hmm, nama yang sudah biasa bersama mereka, antaranya Greg Henderson, Along dan Ujang Exist, Firdaus dan bakat baru yang sedang mencipta nama, Wan Salleh. Manakala dari sudut penulis lirik, Atie dan juga nama besar dalam industri Muzik Malaysia, Habsah Hassan juga terlibat.
Berbeza dengan album sebelum ini, Permata Hijjaz yang menampilkan elemen orchestra, khabarnya album ke 16 mereka kali ini menjanjikan kelainan. Apa yang lainnya? Jom, kita tengok review yang kami sediakan… JALAN!
Track 1 – Kau Pemilik Cinta. Pertama kali dengar Hijjaz membuka album mereka dengan track ballad romantic seperti ini, tidak seperti selalunya, membuka album dengan track yang meriah dan ‘hype’. Mendengar lagu ini sahaja, sudah dapat tangkap trademark melodi ‘berhantu’ karya Munif Ahmad digandingkan dengan lirik daripada Atie. Jujur, saya sangat suka gila lagu ni! Romantik, melodi yang kuat..
Track 2: Janji Khalifah – Pertama kali semua anggota Hijjaz menyumbang suara dalam lagu yang agak laju jugak, dengan muzik pop rock yang deras. Ya, memang lagu ini cukup radio friendly untuk menyayingi lagu pop rock lain diluar sana. Secara peribadi, saya lebih suka jika Isman Isam bawak lagu ini seluruhnya, sebab vokalnya cukup solid untuk lagu sebegini. Lagu terbaik album ini!
Track 3: Laukana Bainana – Dalam banyak-banyak cover lagu arab ini, versi Hijjaz kedengaran lebih berat dan kompleks. Cuba memasukkan elemen neo-klassikal, orchestra dan mungkin ada gospel, kedengaran lagu ini lebih tight. Memang lain daripada lain interprestasi mereka.
Track 4: Hanyalah Iman – Pop rock sekali lagi menjadi tunjang mereka. Namun, masih kedengaran lagi trademark melodi Hijjaz yang sudah dikenali ramai, membuatkan ia kedengaran segar. Nampak juga hasil improvisasi mereka dalam album kali ini…fresh!
Track 5: Pemimpin 3 Darjat – Lagu remake daripada versi NadaMurni. Susunan muziknya kedengaran agak dark dan ada sedikit elemen gothic rock. Cukup tight. Mungkin kalau ada sedikit susunan koir, akan menjadikan lagu ini lebih hidup. Err, ada ke gothic nasyid?
Track 6: Penghulu Syurga: Kembali ke irama pop rock, yang nyata menjadi haluan terbaru mereka. Kedangaran juga mereka berkongsi part vocal. Gitar work lagu ini pun simple.
Track 7: Harapan Ummah – Lagu yang sedikit fast, disulami dengat distortion gitar yang berat. Ada bunyi kompang dan percussion yang bijak menyelit disekitar bridge.
Track 8: Akulah Pencinta – Sedikit laid back, dengan strum akustik gitar. Pop ringkas.
Track 9: Pemula Langkah – Lagu yang menjadi soundtrack filem animasi Saladin. Ada elemen string dan orchestra ala cinematic membuatkan lagu ini kedengaran epic dan sesuai dengan filem bergenre sejarah sebegini. Best!
Ya, trademark mereka masih kedengaran. Namun, tindakkan mereka untuk menjadikan elemen pop-rock dalam album ini sedikit sebanyak memberikan sesuatu yang fresh. Lebih banyak guitar work, namun agak kurang perkusi, tidak seperti dulu. Mungkin boleh dikatakan, album ini kebanyakkan lagunya lebih radio friendly, terutama lagu Janji yang berjaya ‘dibelasah’ mereka dengan jayanya. ‘Just do it’, mungkin itu falsafah mereka dalam album ni.
Rilisan mereka tidak mengecewakan, bahkan saya lebih suka album ‘straight forward’ seperti ini tanpa banyak eksperimen ‘karut’ dan ‘meleret’ Ternyata, mereka telah berjaya menunaikan JANJI mereka.