Raihan Dilantik Sebagai Ikon Islamic Relief Malaysia (IRM)

Baru baru ini kumpulan nasyid No.1 Malaysia; Raihan telah dilantik menjadi Ikon Kemanusiaan oleh Islamic Relief Malaysia. Kecemerlangan Raihan di arena nasyid dalam dan luar negara terus mendapat perhatian dan sokongan ramai pihak apabila Islamic Relief Malaysia menyatakan sokongan dan keyakinan mereka terhadap kejayaan demi kejayaan yang dikecapi kumpulan Raihan.

Islamic Relief diasaskan di Birmingham, United Kingdom pada tahun 2005. Badan ini merupakan sebuah organisasi (NGO) yang ditubuhkan untuk membantu insan yang memerlukan bantuan dari sudut material, perlindungan, psikologi, kewangan dan sebagainya. Ia mempunyai lebih dari 40 buah cawangan di seluruh dunia meliputi Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Afrika, Asia, Australia dan Pasific. Islamic Relief Malaysia adalah pusat yang menguruskan kawasan Asia Pacifik.

Sejarah kerjasama Raihan dan Islamic Relief International telah bermula sejak tahun 2008 lagi. Ketika itu Raihan telah diundang untuk mengadakan persembahan di Royal Albert Hall, London bersempena ulangtahun ke 25 Islamic Relief.

Di samping itu juga Raihan pernah bersama dengan Islamic Relief dalam program jelajah UK dan Perancis pada tahun 2004. Ini membuktikan Raihan dan Islamic Relief sudah menjalinkan hubungan kerjasama yang erat sejak dari awal lagi. Mereka saling memahami misi dan visi di antara kedua dua belah pihak dan saling menyokong antara satu sama lain.

Sesi Menandatangani Plak Ikon Kemanusiaan IRM

Menurut Pengarah IRM, Ir. Zairulshahfuddin Zainal Abidin, beliau melahirkan rasa syukur dan berharap agar kerjasama diantara IRM dan Raihan dapat memberi manfaat kepada masyarakat khususnya di Malaysia.

“Kami amat berbesar hati dengan kerjasama yang terjalin diantara dua belah pihak. Diharapkan kerjasama yang terjalin ini berjaya menyampaikan mesej-mesej kemanusiaan kepada masyarakat di luar sana menerusi kekuatan aura Raihan yang luar biasa ke arah mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin.” ujar beliau.

Dengan termeterainya pelantikan Raihan sebagai Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia, maka kedua dua nama besar ini bersetuju berganding bahu, menggembleng tenaga untuk menyumbangkan jasa bakti mereka di Malaysia

Beberapa program telah dan akan digerakkan diantaranya adalah program Care For Hunger, Bowling Bersama OKU, Morning Coffee, Jelajah IPT dan lain-lain.

Dengan pencapaian Raihan yang telah menjejaki kesemua 6 benua dalam siri konsert antarabangsa mereka seperti di Canada, Trinidad Tobago, UK, Perancis, Russia, Belanda, Algeria, Syria, Egypt, Afrika Selatan, UAE, Qatar, Kuwait, Thailand, Indonesia, Hong Kong, Singapura dan Australia, pelantikan sebagai Ikon Kemanusiaan IRM ini dilihat mampu mengukuhkan lagi kedudukan Raihan sebagai Artis Nasyid No.1 Malaysia yang bertaraf antarabangsa.

Syabas diucapkan kepada Raihan! Kejayaan mereka menjadi inspirasi buat semua penasyid seantero dunia.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago