Categories: BeritaTempatanTerkini

Da’i Azam Menang Pilihan Raya Parlimen Belia Malaysia

Pendakwah muda terkenal, Mohamad Azamudin Zainal atau lebih popular dengan nama Da’i Azam telah terpilih sebagai ahli Parlimen Belia Malaysia bagi tahun 2014.

Da’i Azam yang merupakan finalis program realiti Da’i Pendakwah Milenia Musim Pertama telah terpilih sebagai ahli Parlimen Belia Malaysia selepas memenangi Pilihan Raya Parlimen Belia Malaysia yang diadakan dari 22 Oktober 2014 hingga 31 Oktober 2014. Beliau terpilih sebagai ahli Parlimen Belia Malaysia bagi Negeri Johor bersama 13 anak muda lain yang turut terpilih bagi mewakili negeri tersebut.

Berbekalkan manifesto “Belia Bersatu, Negara Maju”, Da’i Azam telah memperolehi undian sebanyak 35.35% undian selepas undian ditutup pada malam 31 Oktober 2014.

Parlimen Belia Malaysia merupakan satu platform untuk belia menyalurkan idea dan pandangan mereka kearah Malaysia yang lebih baik. Ia merupakan platform terbaik dalam melahirkan kepimpinan muda yang akan menjadi pelapis kepada pemimpin negara. Disamping itu, Parlimen Belia Malaysia juga bertindak sebagai medium untuk para belia sistem demokrasi pentadbiran negara.

Syabas diucapkan kepada Da’i Azam dan semua belia yang telah terpilih sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia 2014. Semoga ia menyumbang kearah Malaysia yang lebih baik, menuju negara rahmah.

– Munsyeed Dot Com

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago