Sheikh Asfandyar Cedera, Terlibat Dalam Kemalangan

Sheikh Muhammad Asfandyar Dilawar Khan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Tol Gombak tengahari tadi.

Pihak kami dimaklumkan, Sheikh Asfandyar yang merupakan Qari dan Timbalan Pengarah Masjid Sultan Ahmad Shah,UIAM, mengalami patah bahu kiri dan patah tangan kanan serta putus ibu jari kaki dalam kemalangan tersebut.

“Ini kes langgar lari. Berlaku sewaktu tengahari tadi, masa sheikh nak balik dari UIA. Sheikh naik motor dan beliau dilanggar oleh lori panjang.” ujar Megat Samsul.

Untuk rekod, Sheikh Muhammad Asfandyar Dilawar Khan merupakan Qari yang telah menerbitkan album dibawah Inteam Records Sdn Bhd. Antara album yang telah diterbitkan adalah:

  • CD Surah Amalan
  • VCD Surah Amalan
  • CD Tujuh Qiraat
  • dan beberapa CD kompilasi terbaik.

Buat masa ini, Sheikh Asfandyar dirawat di sebuah hospital tempatan dan ditempatkan di zon merah, wad kecemasan hospital tersebut. Kami mendoakan semoga Sheikh Asfandyar berada dalam keadaan selamat dan diberi kesihatan yang baik.

Kami masih berusaha mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan Sheikh Asfandyar melalui rakan beliau yang terdekat. Akan dikemaskini sebaik mendapat berita terkini.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago